Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Thursday, November 1, 2012

Falsampah Ringkas Kehidupan


Persoalan aku tentang kehidupan. Apakah mampu aku tanggung apa semua yang aku terima. Samaadan kupinta ataupun dipaksa. Sekuat manakah akan ku pikul dan sejauh manakah akan ku sampai. Jika aku sudah bermula jikalau gagal bagaimana. Dan jika aku gagal siapa yang akan terima seadanya? Siapa masa depan aku? Apa tanggungjawab bagiku? Berapa tahun tewasku dan berapa detik jayaku.

Dan aku bagi jawapan berdasarkan analogi.

Kau mahu ke taman. Mestilah kau kena mula keluar dari rumah betul? Cuma kau takkan tahu kalau ada apa-apa buruk yang kat luar. Hujan barangkali. Dikerjar anjing mungkinkan terjadi. Tertinggal dompet boleh jadi. Dingorat pondan maybe. Minyak motor habis di tengah jalan kau pun tak pasti lagi.

Yang penting kau dah keluar. Kalau ada apa-apa aral kita cari jalan keluar. Yang lain kemudian kita fikirkan bila sampai masanya kita takrifkan. Yang ketika itu sahaja boleh dikaji apa sukarnya apa jalannya. Yang akhirnya sampai ke output yang bermacam kemungkinannya. Bukan ibarat kiraan masalah kalkulus. Yang ada penyelesaian walaupun kadangkala sukar. Tetap ada jawapan yang sama.

Dan yang pastinya kehidupan ini lebih dasyat masalahnya dari matematik kalkulus.
Jangan risau, kalau kau terjatuh luka kita letak iodine.

Dan apa yang mampu kita buat untuk waktu ini detik ini kita hayati semua perasaan. Gembira, sedih, takut risau dan apa-apaan.

Contohnya

Gembira untuk punyai apa yang kita masih ada. Keluarga, sahabat, kasih saying atau mungkin rahmat yang kuriaan Tuhan berikan kepada kau. Hargai. Jangan lepaskan dan sentiasa bersyukur.

Sedih untuk silam yang gelap. Kehilangan, pemergian atau kesilapan.
Tapi tiada sebab untuk kita lupakan kedangan yang dulu-dulu. Walau sekalipun kenangan itu kenagan yang pahit. Sepahit hempedu.
Lama-kelamaan yang pahit hempedu itu akan jadi sepahit kopi. Sedap untuk kita hirup.
Ya, memang aku maksudkan kenangan yang perit boleh kita jadikan batu peringatan. Agak tidak terpelecok ke dalam gaung yang gelap gelita.

Takut untuk lihat apa yang mendatang di masa hadapan. Tentang apa yang kau mahu dan apa yang kau usaha. Rancang dengan teliti dan laksanakan dengan padu. Ini yang paling penting.

Past is the past. Future is risker. Never forget the past. Present determine the future.

Hidup dimulakan dengan huruf besar
Perjalanan hidup dalam membesar itu bait-bait ayat
Koma yang merupakan persimpangan hidup
Mati itu noktah.
Kau sudah punya huruf besar, bait-bait ayat dan juga koma.
Noktah?

1 laksa penang:

Unknown said...

boleh tahan jugak penulisan kamu... terasa remaja

Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!