Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Wednesday, April 21, 2010

Cernit: Wisma Palaniappa

Bulan lepas razak menangis. Tadi dia menangis lagi. Orang kata Razak kena pukul tadi. Sebabnya tak pasti. Tiada siapa tahu menahu tentang Razak. Yang orang ramai pasti, mereka nampak Razak keluar dari celah lorong belakang bangunan Wisma Palaniappa.

Razak berdarah teruk. Orang papah dia dah macam nyawa-nyawa ikan.

Dah ramai orang tanya Razak kenapa. Razak diam. Razak tak menjawab lansung pertanyaan. Aku tengok mukanya penuh cakar. Badan lebam-lebam. Mata bengkak, Pendek kata macam orang bergaduh.

......

Petang tu lepas kuliah, aku skodeng Razak. Maksud aku bukan skodeng dia mandi atau tukar pakaian. Aku ikut mana dia pergi. Aku mahu tahu apa dia buat. Dengan siapa dia jumpa. Aku penuh tanda tanya.

Dengan tiba-tiba Razak hilang. Hilang dari iris mata milikku.

"Oiii!! 
Razak menyergah. Dia memegang bibir dan pipi. Sakit agaknya. Lebam masih belum pudar.
Tapi ada kesan lebam yang baru. "Kau pergi mana?"

Razak tunjukkan sapu tangan. Milik Miera. Aku kenal warna pink polkadot itu. Sering miera gunakan mengesat peluh. Sesekali digunakan mengelap hingus.

"Ini yang kau cari?" tanyaku.
" Berbaloi dengan apa yang aku dapat."

Aku tengok ke lorong. Penuh anjing ganas.

"Terjatuh?"

" Aku boleh tunjuk Miera aku sayangkan dia" kata Razak.

6 laksa penang:

Anonymous said...

good try! ;)

Ikemal said...

tenkiu anonymous.

Amir Ariff said...

haha nice bro. buat lagi ;)

Ikemal said...

seperti biasa. pengkomen tetap blog aku. tq bro.

the endss said...

good story..
keep up..

Ikemal said...

tenkiu.

Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!