Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Wednesday, April 13, 2011

Cartun:Posisi paling selesa bersama pasangan

Apakah posisi yang anda suka bila bersama pasangan yang anda sayang? Which means your computer or laptop. Since setiap orang remaja khususnya kini gemar berseggama dengan internet dan permainan komputer.

Dan jika ditnya kepada aku, aku ada banyak posisi yang aku gemar. Buat aku klimaks sehingga tertidur.

Antaranya ialah


1. Posisi menirap
Posisi ini selalunya diamalkan selepas bangun tidur. Biasanya sebelum mandi dan solat subuh aku akan check email, Fb account, comment di blogspot dan lain-lain lagi.

Posisi ini juga diamalkan ketika sedang berlepak-lepakan.

Malangnya posisi ini sangat bahaya kerana boleh menimbulkan sakit pinggang apabila terlalu lama. Ianya juga menyakitkan apabila terklik link-link lucah yang menyebabkan alat sulit tiba-tiba bangun.

2. Posisi duduk
Posisi ini sering diamalkan ketika menyiapkan sesuatu kerja atau assignment. Posisi ini paling sesuai kerana boleh mengelakkan rasa mengantuk. Jika mengantuk sekalipun akan tersengguk dan terhantuk ke meja lalu diri kembali segar.

Kelemahan posisi ini ialah bontot akan kebas dan jika ada awek di belakang untuk mengurut pun kira sedap jugak.

3.Posisi berdiri
Posisi ini adalah posisi paling cepat. Yang mana sering di amalkan ketika mahu save asignment ke thubdrive ataupun ketika sudah tidak tahan nak terkencing tetapi masih perlu reply IM gadis cun dekat FB.

Posisi ini jika diamalkan terlampau lama boleh mengakibatkan kelenguhan kaki. Namun setakan ini statistik menunjukkan masih belum ada manusia yang sengaja berdiri terlalu lama mengikuti posisi yang membosankan ini.

4. Posisi baring


Posisi ini ialah posisi yang sering di amalkan setelah sakit pinggang selepas posisi menirap.

Namun yang demikian, posisi ini amatlah tidak menyenangkan kerana lutut harus diangkat tiggi-tinggi. Selain itu juga, haba yang keluar dari cooler bawah laptop juga hangat dan menyakitkan peha mahupun alat sulit.

5. Posisi dalam gelap
Posisi ini paling banyak diamalkan ketika menelaah pelajaran sains tingkatan 3 bab Reproductive. Posisi ini boleh diamalkan dengan hanya menutup lampu, pintu dan mengunci pintu.

Posisi ini adalah posisi yang paling bahaya dan jika berlaku sesuatu yang tidak dingini pasti akan menyesal.

Apakah posisi senggama bersama laptop anda?

Tuesday, April 12, 2011

Mari Undi Header Blog Pilihan Malaysia sekarang

Wow, rupanya aku dicalonkan sebagai Header Blog Lelaki Pilihan dari BLOG PILIHAN MALAYSIA.

So terima kasih kepada sesiapa yang calonkan aku. So sapa-sapa yang rasa header aku ni cool boleh la undi ye.


Undian akan tamat pada 15 April 2011 jam 11.00 malam. So jangan lambat-lambat undi yo! Undi anda adalah rahasia. Jadi jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi hari ini.


Yeah

Friday, April 8, 2011

Cartun:KFC promotion order satu dapat dua pinggan Chicken Rice


Hari ini disebabkan aku terlalulah lapar, aku pun terus ke KFC.

Terus mengorder Chicken Rice KFC yang super duper di kata-katakan SHOULD TRY. Bak kata awek ang jaga kounter tu "makan sini ke bungkus?"

"makan sini" kata aku. Terus aku order.

"Maaf encik, kena tuggu 15 minit ya. boleh?" kata si cantik masin tu. "Boleh" jawab aku kemudian.

15 minit berlalu.

20 minit.

30 minit. Fuhh, aku mengamuk. Tapi tak ada la sampai baling kerusi.

Aku panggil seorang pekerja. Dia senyum lepas aku perli diorang punya kerja. Nampak muka tak bersalah yang dia tunjuk. Yalah, dia cuci meja ja. Tapi aku marah semua la. Aku kan customer.

Beberapa minit lepastu baru sampai.

Apa puna management la. Macdonal belum lagi aku kena la. Kalau kena mesti aku mengamuk.
Nasib baik ada jugak sampai. Dan awek manis pulak yang hantar. Siap hantar dua pinggan lagi. Aku ingat untuk aku dua-dua. Rupanya salah hantar. Ingatkan promotion tadi

Okbai.

Tuesday, April 5, 2011

Cartun: Bila ada awak bersama saya.

Dalam dunia ni memang ramai yang bercinta. Macam-macam jenis orang ada. Tak semua orang sama kan.

Macam aku, aku dah lama tak bercinta. Cuma bercinta dengan diri sendiri je. Bila aku tengok cermin aku rasa jatuh hati. Haha. Just kidding.

Bila ada awek ni kan mesti banyak ragam. antaranya macam kena teman shopping la. Laki tak ramai yang suka teman awek shopping. Sebab kenabayar dan kena angkat barang. Lagipun shopping dengan perempuan amatlah renyah.

Kalau lelaki datang kedai terus pilih dalam 10 minit. Kalau perempuan? Hmm.

Tambah pulak yang pisau cukur tu lagi lahh.

Tapi kan, saya tak kisah kalau itu awak.

Bila berawek jugak selalunya kena bercakap di telefon 24/7. Texting lagi.

Oh, aku sangatlah tidak suka. Kerana aku percaya setiap orang perlu ada masa untuk perkara lain lagi. Kawan-kawan, privasi, study, family dn sebagainya. Takkan tiap masa nak in touch kot?

Lama-lama bosan. Tu yang jadi cepat putus tu.

Tapi kan, saya tak kisah kalau itu awak.

Tapi awak kan, saya tak kisah semua tu dan semua lagi benda yang saya tak ada idea nak lukis. Saya dah cukup berbahagia kalau dapat memiliki hati dan jantung awak. Dan saya akan sentiasa protect awak setiap masa.

Disebabkan esok 6 April ialah hari jadi awak, saya nak ucapkan selamat hari jadi. semoga panjang umur dan semoga kita kahwin nanti. Mintak maaf, taun ni tak sempat nak bagi hadiah macam saya pos laju taun lepas walaupun tak sampai ke negara komunis yang tengah awak belajar sekarang ni.

Ops, kahwin terus la awak, tak payah nak kapel-kapel ni. Hahaha.

Monday, April 4, 2011

Cartun:Cerita Si Penunggu yang boleh dikatakan agak kacak

Penantian.

Bila kita soalkan fasal penantian atau dalam perkataan yang lebih mudah,penuggu penungguan, yang biasanya semua orang tak suka menuggu.

Menuggu dan menanti adalah aktiviti yang membosankan dan menensyenkan. Yalah, bila tuggu sesuatu mestilah bosan. Tak tahu apa yg nak dibuat. Mesti akan rasa tensi dan menampah tambahan lagi bila tunggu orang.

Aku kalau nak ambil orang dari rumah atau sesuatu tempat selalunya sebelum 2 kilometer aku sampai aku dah telefon siap-siap suruh dia keluar rumah atau turun tangga. Aku paling malas nak tunggu orang pakai kasut lah apalah. Biasanya aku akan call dan cakap dah ada kat depan rumah.

Bila dia keluar tak ada pun. Takpa, jangan aku tuggu dia sudah. Sampai boleh gerak terus.

Part tu sahaja aku tidak suka menuugu.

Tapi bila part lain aku tak kisah. 

tuggu kelas habis
tuggu LRT atau komuter atau bas sampai. Boleh usyar awek cun masa tuggu.
tunggu makanan sampai. boleh usyar awek sebelah.

Macam mana aku boleh tak kisah walaupun tuggu lama-lama.?

Bila diri kita makin matang kita akan mula berfikir secara rasional dan menghargai orang sekeliling. Oleh itu, aku manfaatkan masa tersebut dan isi dengan sesuatu yang boleh buat aku lupa dengan ketensian dan kemenyampahan menunggu.

Bila dan buat sesuatu confirm kita lupa kan.

Nikmati setiap saat dengan sebaiknya. Lagipun kan kita tengah menunggu untuk bertemu Yang Maha Esa.

Dan part ang paling sadis sekali bila mengunggu si Dia untuk menerima diri aku ang tak seberapa ini. Nak kata hensem memang tidaklah. Dan memang tak pernah menjadi igauan dan mimpi-mimpi basah gadis-gadis masa kat sekolah dan universiti. 

Macamlah aku tau diorang mimpi ke tak aku. Perempuan punya mimpi basah bukan macam lelaki punya mimpi basah la.

Tapi aku tak kisah semua tu. Asalkan aku tahu yang suatu hari nanti aku akan dapat jua. Tapi bukan dengan cara menunggu.

Jikalau aku mahu, aku mesti mampu untuk usahakan apa yang aku idankan, dan siapa yang aku cintakan.

p/s: Ini adalah kali pertama aku melukis dengan paint dan photoshop kan dari image dari GOOGLE. Selepas ini aku akan cuba untuk buat komik dan benda-benda yang boleh aku lukis macam ini. best la jugak.

Sunday, April 3, 2011

I hate

I hate aftermath of a love story. Because its so akward and fucking sad.
picture source GOOGLE
If you ask me who, why, what, when, where or anything, just shut the fuck up. But hey, Im cool. And sad. And hensem too.

Too much fucking word tends too much sin. Im sory. Haha. LOL
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!