Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Tuesday, March 29, 2011

Mari terbang wahai si dia yang masih belum ku jumpa

Bisikkan halus di kuping aku, "Aku masih di sini"

Agar bisa aku tak risau kau tiada.

Bila petang-petang, pagi-pagi, malam-malam dan tiap hembusku. Ada rasa rindu itu. Kerana masih bugar dalam ingatan aku ceritera kita berdua. Masih melekat rapat akar janji yang kau tanam dahulu.

Cumanya kini ianya dah tak subur lagi. Dan maseh, di mana kau menghilang?

Dan siapa sebenarnya yang aku tujukan. Kau? Ya ia memang kau. Tetapi pastikan aku siapa sebenarnya kau yang aku kejar. Dalam senyapku, bingitku,sedihku, tawaku. Yang mana kah engkau? Oh, aku masih bingung. Dan alpa siapa sebenarnya kau yang aku cari. Dan ini perasaan yang bodoh.

Ya. Bodoh kerana aku maseh belum pasti siapakah gadis yang aku pilih sebagai kau. Si Dia yang aku puja. Bak kata bait-bait lagu Mohd Jayzuan dalam lagu Si Dia dalam album Love-Fi. Sebuah album yang aku kira sangat mengispirasikan. Sama seperti blog beliau. Dan aku pasti Mohd Jayzuan juga kadang-kadang punya perasaan seperti aku.

Kadang-kadang orang bilang cinta ini boleh buat kau bingung.

Dan cinta ini juga boleh buat kau terbang. Mari terbang wahai si dia yang masih belum ku jumpa.
picture source GOOGLE
Di tulis oleh Shauqi. Seorang lelaki a-lover-wannabe

Sesuatu perasaan sedih yang tak la jiwang sangat

Shauqi GOOGLE nama Autumn tadi.

Masih ada blog yang sudah dia shut down suatu ketika dahulu. Dan dalam senarai carian itu, Shauqi jumpa macam-macam berkaitan dia.  Account sribd, blog-blog sepupunya yang ada mention nama dia. Dan yg fffuuu page fan Facebook buah hati Autumn.

Yang pasti bukan Shauqi.

Shauqi bukak dan nampak account Autumn disitu. Shauqi klik, poke dan add as friend. Sebelum ni kalau di search di enjin carian Facebook memang tak ada. Mungkin dia privasikan account Fb beliau.

Pagi, 4.35. Rabu.

Shauqi cuba sekali lagi mengikut cara di atas.

Malang. Account Fb dia sudah tiada. Fffffuuuu..

Shauqi rindu Hilda. Kalau nak berkawan pun tak boleh ke?

Dan Shauqi juga rendah diri. Mau taknya. Buah hati Autumn itu sangatlah jambu dan ramai peminat. Dia juga disukai ramai tak kira yang berzakar atau yang berpayudara. Yang Shauqi harapkan cuma mahu berkawan balik seperti dahulu dengan Autumn. Tak lebih.

Tak berniat nak menganggu hubungan mereka.
picture source GOOGLE
Shauqi klik butang new post dan mula menulis.

Saturday, March 26, 2011

Vector Art tak menjadi

Selamat pagi. 


Sekian terima kasih. Maaf jika huduh. Hahaha. Bukan apa. Tak pakai mouse. Pakai laptop punya je. Apa ntah nama beliau.

:)

Friday, March 25, 2011

Untuk yang rasa kacak dan cun sahaja

Pengumuman-pengumuman siapa yang punya Facebook. Boleh jadi hensem dan cun ini hari.

Cara untuk anda jadi hensem ialah:-
1.   Klik sini.
2.  LIKE page tersebut.
3.  Klik sini pulak
4.  Like photo tersebut.

Tahniah. anda sudahpun menjadi hensem dan cun.

Dan untuk pengetahuan, ini ialah poster yang dipertandingkan oleh Caer The Story. Aku membantu beliau untuk mencari orang-orang yang hensem dan cun sahaja untuk mengelike poster tersebut. Dan jika anda masih ragu-ragu lagi untuk mengelike poster ini, aku yakin anda bukanlah orang yang kami cari.

Tak apalah.

Kalau tak nak like pun at least if you are as awsome as me do click if you are  interested with these cool thing.

Tuesday, March 22, 2011

Kejutkan aku sebelum kesana

Kejut kan aku. Kerana aku belum bermula
untuk kita pergi kesitu aku maseh belum bersedia
dan jika ditanya untuk apa kita kesana?

Untuk pergunungan Alps yang ku cinta serta seluruh pelusuk damainya
tetes-tetes air bukit yang nyaman jua
kejutkan aku kesana dan jangan biar aku lena lagi

Jangan biar aku lena
kejutkan aku kita pergi sama-sama ya?

Im not vintage but I do love vintage. Saya selekeh je

Hyekorunkkkk!!

Gila kau, brutal dan ganas aku boleh follow blog Cikepal. Cik Epal ke cikepal? Macam ais kepal dah. Tapi sejujurnya aku pun tak tau kenapa aku follow blog tersebut. Bukan baca pun. Tapi aku suka bukak bila dia ada upload gambar kawan-kawan dia. Natang apa ntah nama dia. Scarftlot kot.

Aku sebenarnya adalah seorang peminat style vintage. lagi vintage lagi la aku suka. Dan bila ada gadis-gadis menggayakan fesyen-fesyen yang vintage ni aku rasa yang aku tak keseorangan. Rasa macam nk cari jodoh yang vintage jugak. Cewah.

Lagi aku jugak suka polkadot. Boxer kalau polkadot kira biasa la. Tapi kemeja polkadot gila rare. Lagi ada corak-corak vintage swirls ke.

Gila kau. Berjam-jam aku boleh stalk tengok style-style gadis-gadis macam ini ke, atau yang macam ini ke dan macam-macam lagi la.

Kalau tak pun aku akan bukak Lookbook.nu untuk tengok fesyen-fesyen vintage dan macam-macam lagi dari serata dunia.

Ada orang kata dekat aku nice ass. LOL

Ni kenapa tiba-tiba upload picture?
Ok bye.

Thursday, March 17, 2011

Tentang nak bagi banyak buffered earning dan MILIKI IPHONE 4??

Sekarang ni dah agak lama rasanya aku tak update blog. Dan kira bersawang dan berhabuk la jugak blog aku ni. Tetapi dengan jari jemari yang pakinson sebab lama tak menaip aku menaip jugak.

Maka terhasillah sebual lagi entri karut marut yang intro dia pun dah masuk perenggan kedua. Aku pun taktau bila aku nak masuk isi penting. Kalau ni masa aku tulis karangan dulu memang macam ni. Intro punya la gaban panjang tapi isi sikit. Sebab tu aku SPM Bahasa Melayu dapat B3.

Sebenarnya ( baru nak masuk isi) sekarang aku dah mula dapat buffered earning. So persoalannya macam mana nak bagi dapat banyak?

So kepada yang pakar bab nuffnang ni silalah jawab. Setiap jawapan akan diberikan choki-choki. Ololo. Comel gitu.

Hari ini aku dalam mood comel-comel. Sebab hari ini hari gaji. Yea-yea.

And by the way, ini ada peluang untuk anda miliki Iphone 4!!! KLIK LINK NI
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!