Pagi yang bosan.
Tapi dalam kebosanan itu aku pilih untuk menulis sesuatu. Sejak akhir-akhir ni liat sangatlah tangan nak menaip untuk blog yang boleh dikatakan salah satu aset yang boleh aku banggakan. Nak bangga kenapa? Aku pun taktau kenapa nak bangga. Saja tulis buat sedap ayat.
Oleh kerana aku telah memilih untuk menulis sesuatu, pada asalnya tak ada apa yang berputik di fikiran untuk di tulis. Tapi dek kerana aku terpanggil dengan perkataan 'pilih' , idea spontan pun terlintas.
Pilihan.
Adakah hidup satu pilihan atau ketentuan?
Bagi aku hidup adalah satu pilihan. Dan ternyata aku bukanlah seorang yang arif tinggi bijaksananya yang mampu berfalsafah dengan pilihan. Maaf, aku memilih hanya mampu untuk berfalsampah.
Ya, benar hidup kita adalah ketentuan Illahi. Allah tentukan kehidupan kita bagaimana. Hidup seharian kita bagaimana. Siapa kita di esok hari, di bulan depan, di tahun depan. Dan siapa kita di saat sebelum kita mampus.
Ya, memang Allah S.W.T yang tentukan.
"Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melaikan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"
Nampak? Jelas sekali hidup kita, hari hari kita. Kita pilih sendiri. Kita mungkin boleh pilih untuk beli air oren atau tidak di gerai tepian jalan di hari yang terik. Kita sendiri yang membuat pilihan. Dan jikalau tiba-tiba Allah tidak menentukan kita untuk membeli air itu, mungkin ada aral yang lain. Contohnya air oren sudah sold out. Atau mak cik tokei gerai tidak mahu menjualnya kepada anda kerana anda nampak mencurigakan.
Dan mula merepek.
Yang paling penting untuk aku nampakkan di sini ialah.
Kita yang memilih siapa yang kita mahu jadi hari ini, esok dan masa hadapan. Dan jika pilihan kita itu tidak Allah perkenankan, maka ada yang tak kena di situ. Cuba rujuk semula apa dari mula sampai akhir. Niat, matlamat, cara dan semualah. Tanya pakar bab-bab ni. Aku tak mahu jadi tok guru sesat.
Siapa kita dahulu tidak penting. Yang penting siapa kita hari ini, esok dan hari-hari mendatang. Anda tentukan.
Yang penting anda telah memilih untuk membaca falsampah aku ini sampai habis. Ya, Allah telah tentukan anda membaca sehingga habis. Thumbs up!