Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Tuesday, September 28, 2010

Repost: Oh ini gila.

aku tutup alis mata namun masih ada nampak kamu? oh ini gila
mudah si pemetik gitar memancarkan seni bunyi halus mulus
tak senang bagi aku untuk hancurkan lebur resah ini

rindu aku tanam menjadi tanah sebati aku sesat
sesat dalam halatuju hidup tanpa arah tuju dari kerdipan mata iris kamu
penuh dengan ombak-ombak kecil tatkala kamu ketap bibir halus

kaca halbur kini masih bergetar
hati ini mula tsunami dengan endah tak endah
dengar kata lemah lembut ayu sopan manis
masih sama tatapi dengan sedikit perubahan
pecah tradisi gempar demam budaya

haruskah aku sekat gugup gementar sesat diri ini
tak dikucup pelangi untuk seketika
sabar untuk sebentar untuk pulihkan rasa sama kasta

cuping ini sentiasa mahu dengar apa kamu mahu kata
mata ini selalu mahu dengar apa kamu mahu buat mahu tulis
mulut ini hanya mahu ucap puji kata pujangga

esok dendam masih harap ubat pulih serta merta

Aku suka gila yang ini. Amacam?

Terjatuh luka kita letak iodine

Kali ini aku mahu bercakap tentang cinta. Macamlah selama ni lain.

Seorang rakan minta aku pendapat samaada dia perlu teruskan atau tidak. Perasaan sama yang dia pendam. Sudah bertahun-tahun. Kalau ianya biskut dah lemau dan mungkin dah habis dimakan lipas. Eee. Dia pasti gadis tersebut juga punyai rasa yang sama berdasarkan hint-hint yang di ceritakan. Cuma dia risau kalau-kalau rasa itu sudah luntur lama dahulu.

Bagi aku, kalau tak try tak tahu kan?

Dan aku bagi jawapan ringkas.

Kau mahu keluar ke taman. Mestilah kau keluarkan. Sebab kau takkan tahu kalau ada apa-apa buruk yang kat luar. Hujan ka. Dikerjar anjing ka. Tertinggal dompet ka. Dingorat pondan ka. Minyak motor habis di tengah jalan ka. 


Yang penting kau dah keluar. Kalau ada apa-apa aral kita cari jalan keluar.


Samalah dengan cerita kau. Yang penting kau dah cuba. Terjatuh luka kita letak iodine.(pernah tulis di post tahun 2008)


So ada sesiapa disagree?

Friday, September 24, 2010

Lagi-lagi beri pendapat header design baru.(bukan ESL punya)

Semalam aku dapat lagi customer untuk design header. Dan dia telah memilih untuk aku designkan keseluruhan belognya.

Dan ini hasil awal aku. Aku kurang pasti ini yang dia mahu. Fun, cute dan tertarik nak tengok.

Dan aku mintak pendapat engkau orang semua lah tolong beri pendapat. Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi. Aku masih dalam proses belajar. Masih belum pro designer macam Aiz Batu Campur dan Amar Amirah Cap Ayam.



Amacam? Komen la sikit.



Wednesday, September 22, 2010

Sebuah karya tentang kelaparan

Beberapa ekor ikan yang sangat lapar aku tabur dengan makanan ikan. Pek makanan ikan yang aku beli di sebuah kedai ikan di pekan Penanti.

Tak pernah aku bayangkan betapa laparnya ikan yang lapar itu. Makan kesemua yang aku taburkan.

Itu belum suap. Belum aku bagi dengan pek nya sekali. Silap-silap ikan tersebut akan menjilat dengan rakus. Sama rakus seperti aku bila makan Laksa Penang sebab dah lama tak nampak laksa sejak belajar diperantauan.

Kalau Melaka tu kira perantauan ke?

Sebenarnya sekarang, aku lapar sesuatu yang banyak orang punyai dalam dunia ini. Yang orang kejar. Yang orang mahukan. Yang orang mainkan dan bermacam lagi apa kejadah. Dan benda yang aku mahu ini dah lama aku kejar-kejar bertahun-tahun.

Tak dapat. Damn!

Rasanya dah badi kot. Dah menjadi sumpahan yang aku tak akan dapat kejar benda nih.

Dan aku sampai sekarang aku masih cuba mencari sesuap benda nih. Selalu aku stalk tukang masaknya di Facebook sahaja. Dan tukang masaknya masih tak mahu masakkan aku benda ni.

Ada sekali dua si tukang masak ajak aku Skype dan komen satu dua gambar aku. Hati aku dah berbunga-bunga perasan mesti tukang masak ni nak masakkan aku benda ni.

Tapi, haram! Mungkin belum bersedia. Mungkin tukang masak yang lain yang akan masakkan.

Aku dah cuba cari tukang masak lain. Tapi nampak macam tukang-tukang masak yang lain tak mampu masakkan aku macam yang aku mahu tukang masak idaman aku masakkan.

Dan itu yang buat bertahun aku tak dapat jamah hidangan ini. Yang aku mahu hanya seorang tukang masak yang istimewa masakkan. Adakah aku terlalu memilih?

Tunggu sahajalah.

Dan kepada semua yang sedang menikmati hidangan ini, nikmatilah dengan berbahagia dan hargailah semasa maseh ada.

To all tukang-tukang masaker, masakklah dengan ikhlas dan penuh cukup ramuan.

Dan aku terus menuggu hidangan menjilat jari ini.

Cinta.

Saturday, September 18, 2010

Header Design: Iqa at Terengganu

Malam ni aku tak tidur. Siap awal header tapi disebabkan takut bangun lambat paginya, aku tak tidur. Bertarung dengan mengantuk dan kebosanan.

Macam-macam aku buat. Yalah apabila keseorangan di dalam bilik dan tidak ada apa-apa untuk dibuat. tambah pula dengan jiwa muda yang bergelora. Adun sebati dan terhasillah aktiviti yang aku akan tulis di akhir entri.

Dan dengan ini, ini header yang aku siapkan untuk Cik Iqa ni.Seorang gadis dari Kelantan yang belajar di Terengganu, 

Header untuk blog Iqa at Terennganu. Nice.

Kalau sapa-sapa berminat nak ada header blog yang cun dengan harga murah klik banner bawah ni. Nak full template pon boleh. Animation? Boleh saja.




Aktiviti bermain counter strike.

Friday, September 17, 2010

Like Epilogue Seorang Loser or Hate it,

Sila rasa beberbesar hati untuk like page Epilogue Seorang Loser di facebook. Boleh klik sini atau pergi like sendiri di kotak like di kanan.

Tujuannya apa? Untuk aku melihat berapa banyak reader aku. Dan boleh juga menjadikan blog ini semakin dibaca ramai. Bunyinya macam gila trafik, tapi apa sahajalah kau orang fikir. Janji aku puas hati bila ada orang baca dan komen.

Nuffnang tuh aku tak rajuin pun. Adalah dalam RM20 lebih. dan blog aku sudah beroperasi sejak 4 December 2008. Dan pada mulanya menubuhkan blog ini tak banyak yang aku buat. Tiada statistik yang pasti.

Sekurang-kurangnya aku mahu tahu apa repekan kerepek aku selama ini di hargai.

Jadi like lah. Kalau Facebook ada buat Hate box aku akan tambah lain kali.

Persoalan Bodohan Lagi yang agak catchy.

Di sini aku mahu kemukakan satu permasalahan. Sekadar permasalahan bodoh. Yang rakus membaca fikir semula jika tak mahu buang masa membaca bodohan yang aku tulis ini.Sebenarnya tak bodoh mana pun.

Dan jika anda sudah berada di line ini membaca, anda sudah mengambil risiko tinggi untuk akhiri pembacaan ini dengan merasakan buang masa membaca atau worth it. AwsoME.

Permasalahannya mudah.

Anda di sebuah bilik dengan satu tilam. satu selimut dan dua bantal. Dua bantal ini satunya empuk berisi kapas buatan tangan yang mahal dan bantal yang keras dan berisi span yang murah. Tiada bantal peluk.

Diulangi tiada bantal peluk.

Dan soalannya. Bantal yang manakah anda buat lapik kepala? dan bantal manakah anda buat peluk.?

***
Sebenarnya, persoalan ni aku terfikir baru-baru ini. Yalah, ada dua kebiasaan yang agak biassa bagi semua orang. Bantal yang di kepala mestilah empuk enak untuk memudahkan terlelap seterus menyusahkan bagun esok paginya. Dan bantal yang di dakap dipeluk dan dikepit di dada atau di tengah kangkang mampu memberi perasaan magik kepada organ yang dibahagian itu jika ianya turut empuk serta enak. Bergantung kepada individu.

Dan malam itu, aku pilih bantal yang keras di kepala dan bantal yang empuk dan enak di celah kangkang. Mahu memberi layanan istimewa dan membahagiakan malam itu.

Its peha!

Dan esoknnya aku bangun awal. Great kan pilihan aku.?

Tuesday, September 7, 2010

I'm a lolipop.(wrinkled left eye)

Sebenarnya selepas aku tahu series ni wujud, aku terus berubah. Nanti aku review kan series ni. Walaupun agak lame aku pedulik hapa.

Tapi buat masa ni biar aku tunjuk ni dulu.


Yeah, aku salut bibir aku dengan madu. Sebab tu manis. ;-)

Sunday, September 5, 2010

Setahun, hanya sekali kita merayakan hari yang mulia ini.

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit ..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Aku dah memang kurang idea untuk blogging. Tapi korang dah shopping ke?

Wednesday, September 1, 2010

Hanya tulisan yang ada unsur patriotisme.

Merdeka sudah lepas. Sudah jam 12 dan beberapa minit selepas itu barulah sempatnya aku melentik jari di atas papan kekunci komputer riba ini. (padahal komputer riba ini tak penah pun berada di atas riba)

Bila saja sampai hari Merdeka semua orang akan update status Fb, Tweet dan apa lagi apa kejadah. Sama seperti semua isu dan keadaan lain. Raya, pilihanraya, result bola, hari pertama sahur, hari pertama berbuka, hari kedua sahur, hari kedua berbuka, hari ketiga sahur dan hari ketiga berpuasa. Selepas itu senyap sebegitu sahaja.

Haram.

Kebiasaan biasa manusia biasa. Dan untuk menjadi manusia luar biasa ( memetik ayat filem Rempit V3 yang aku menyesal mendownload) aku bercadang mahu mengupdate status Kempen Kitar Semula di pagi lebaran nanti. Barulah lain dari yang lain. Baru lah luarbiasa.

Baru lah rare.

Kitar semula orang yang semangat shopping raya tapi tak pergi solat sunat hari raya. Ataupun tak puasa.

Bosan dengan bebebelan merepek kerepek introduksi.

***

Kalau merdeka punya time mesti orang selalu tanya "apakah makna kemerdekaan bagi anda?"

Dan selalu orang akan jawab

" bebas dari ancaman musuh" "bebas berada di mana-mana" "bebas dari cengkaman penjajah"

Dan mesti ada juga yang komen " Kita belum bebas kerana minda kita masih dijajah doktrin doktrin penjajah." dan banyak lagi apa kejadah.

Kita boleh bersama dalam pendapat bahawa kita mempunyai berlainan pendapat. Pendapat yang tak ada siapa boleh bangkang. Kerana ianya pendapat. Pendapat yang hanya boleh di terima bulat lumat atau ditolak terang lantang. Tiada sesiapa boleh bising kerana ianya pendapat. Hanya bincangkan.

Benda bosan ini pun aku boleh jadikan isu. Lupakan.

Pendapat aku?

Merdeka sebab aku boleh pilih muzik apa yang aku mahu hadam, pakaian apa yang aku mahu sarung, air apa yang mahu aku pilih di bazar samaada air oren kordial atau air tebu bukan kordial atau apa lagi apa kejadah.

***

Tapi yang kurang menariknya, malam Merdeka aku demam yang agak teruk. Tak dapat keluar berpesta sakan separti anak-anak muda yang baru mengenal dunia. Berpeleseran dan membuang masa sambil mengushar gadis-gadis sunti atau mama hot yang turut mahu membuang masa begitu sahaja.

Kesian kan aku?

Apa-apa pun selamat merdeka. Aku sayang Malaysia walaupun tak mampu aku tunjuk dengan zahir.

Kalau Malaysia ialah objek fizikal, aku akan cium dan beri dia wang saku setiap kali terjumpa. Chill!
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!