Alasan yang sama aku beri, masa yang banyak tetapi dengan kapasiti yang mampu dikeluarkan wifi di bilik sangatlah sedikit. Lepas nak bukak Facebook sahaja. Itu pun Facebook dah tak semeriah dahulu. Itu yang aku nampak lah. Mungkin sebab aku kurang aktif.
Macam sial je wifi. Tapi tak apa. Benda free.
Dan tepat esok pagi bermulalah hari pertama Ramadhan Al mubarak. Dan hari pertama juga untuk semua umat Islam berpuasa. Menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah wajib puasa.
Termasuklah asap Winson mahupun Dunhill. Jangan kata aku tak sebut jenama-jenama lain.
Menggali lombong di hidung pun tak boleh.
Sudahlah.
Aku mungkin bakal kembali aktif bila dah cuti nanti. Seminggu sebelum raya.
Btw, esok cuti. Sesiapa nak lepak dengan aku bolehlah lunch sekali.
Jangan pura-pura grastik waktu bulan puasa ya!
ihsan imej deviantart.com
SELAMAT BERSAHUR ,SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA








