Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Saturday, July 31, 2010

Template Design: The Way She Blow Her Voice

Lagi belog yang aku makeover kan.

Belog milik Cik Mimi Saidi. The Way She Blow Her Voice

Kali ini kurang graphic kalau nak dibandingkan dengan waktu Old School Emo. Oleh kerana tuan blog ini mahukan sesuatu yang simple tetapi cantik. Aku telah buat satu kali percubaan dan dia terus setuju. Header dia pun siap ada lip-lap.

Jangan banyak bebel, mari tengok.

Full design.(klik untuk e-kacamata)

Klau mahu lihat di page dia, klik sini The Way She Blow Her Voice

Berminat untuk make over blog? Kebetulan aku ada idea baru untuk customer seterusnya. Jadi, mari rebut idea itu. Err.. Kalau berminat klik banner di bawah.


Tuesday, July 27, 2010

Penebat matawang

Appresiasi kepada yang tercicir oleh hak kemanusiaan. Oleh kerana kepenebatan dari matawang. Tercekik dan terpaling tanpa ada pembelaan.
                                                                                          -Ikmal hafizi-


Tiada ulasan jadi baca berulang kali dan faham sendiri.

Monday, July 26, 2010

Perkara yang boleh bikin aku titiskan air mata menagis.

Mungkin sudah beberapa lama aku tidak update. Payah. Internet di kolej kediaman slow. Sama macam slownya perkhidmatan penghantaran pos ekspres syarikat kerajaan malaysia.

Aku gagahkan juga menulis.

Perkara yang boleh buat aku titiskan air mata menangis buat masa ini hanyalah dengan hirisan bawang dan asap welding.

Untuk aku terangkan, untuk menangis kerana gagal dalam sesuatu benda bukanlah penyelesaian. Kadang-kadang tangisan bukan boleh buat kita lebih baik pun.

Apa yang perlu aku fikirkan hanyalah cara penyelesaian terbaik tentang permasalahan itu.Atau mungkin lupakan sahaja masalah-masalah itu. Jadikan sejaranh dan gantung di dinding sebagai kenangan. Jangan dilupa frame dari kayu jati yang selalu digilap supaya ia kenagan yang cantik bila dilihat semula.

Atau cara lain, buat-buat tak tahu.

Psst.. Dalam beberapa hari ini, aku dan beberapa orang kenalan dan seseorang dah jatuh hati dengan lagu dari kugiran lama The Smith yang bertajuk The Light that never goes.

Seperti biasa, cari sendiri jika ingin dengar. Takkan asyik nak kena suap.(gelak geli geleman) Boleh cari di 4shared.com. Soundtrack 500 days of summer ni.

Seperkara lagi, Shauqi baru-baru ini telah jatuh hati dengan seorang gadis. Si gadis belum diberitahu. Dan rasanya si gadis sudah tahu.

Boleh tolong selesaikan masalah Shauqi?

Siapa Shauqi? Klik sini.

Sunday, July 25, 2010

Rasa yang belum pasti sama

Kalaulah aku tahu kamu...


Aku bisa senyum sekejap
Aku bisa senyum sejam
Aku bisa senyum sehari
Aku bisa senyum seminggu
Aku bisa senyum sebulan
Aku bisa senyum setahun


Aku bisa senyum sampai bila-bila.


Kalaulah aku tahu kamu juga sama rasa seperti aku.

Sunday, July 18, 2010

Jeans yang masih belum kering itu longgar

Masa berlalu, zaman berubah, dia berubah, mereka berubah, orang berubah, semuanya berubah, tapi aku masih...
                                                                         Malique and Joe Flizzow.

Lagu yang aku dengar beberapa kali di terbangkan ke udara oleh stesen-stesen radio tempatan.

Komen aku, Too Phat lebih menyengat dari Malique dan Joe Flizzow. Itu cerita mereka.

Bebel aku.

Memang tiada siapa dapat nafikan bahawa semua benda boleh berubah. Bagunan, jalan, warna cat rumah jiran, kereta yang kepala sampah korupsi pakai. Semuanya berubah. Manusia juga berubah.

Hati manusia boleh berubah bila-bila masa. Itu yang kadang-kadang perit kadang-kadang boleh buat kau melonjak keriangan.

Tekanan dalaman mahu luaran boleh ubah seseorang.

Berti kerana oleh ilham hati sendiri atau paksaan orang luar.

Dan untuk kita mengubah sesuatu bukannya mudah. Dan bukan mudah juga untuk kita terima sesuatu perubahan. Lebih susah dari kalau mahu dibandingkan dengan aktiviti membuka tin sardine tanpa pembuka tin.

Bagi aku, cukup hanya dengan kita mengenali apa perubahan itu. Dan selepas itu semestinya mudah kita menerima.

Dalam kata mudah, lihat foto diri sendiri 1,2 tahun lepas. Bandingkan dengan sekarang.

Berbeza bukan? Saban hari kita berubah. Cuma kita sendiri yang tak perasan.

Boleh kau kata kau kenal diri sendiri?

Template Design: Old School Emo

Baru-baru ini aku baru design sebuah blog gadis. Kepada yang tak tahu, aku seorang designer blog amatur. Dang mengenakan bayaran yang sangat murah (promote).

Old-School Emo. Sebuah blog milik Cik Nur Hidayat.

Ini adalah sedikit sebanyak screenshot. Boleh tengok lebih clear di sini.

Kalau mahu, boleh berurusan dengan aku. Klik banner di bawah.



Wednesday, July 14, 2010

Romantik Film Review: 500 Days of Summer

Berjam-jam aku fikir apa untuk aku tulis. Akhirnya aku terfikirkan sesuatu.

Baru-baru ini aku ada tonton satu filem berbahasa inggeris. 500 Days of Summer.Tahun 2009 dan tidak pernah masuk ke Malaysia. 

Komen aku, sangat romantik. Cara penceritaan yang jarang-jarang digunakan. Memang jenis yang aku suka seperti filem My Valentine (klik untuk ambil tahu)

 Jalan cerita? Sinopsis? aku malas nak cerita. Pergi baca IMDb sendiri. Tapi kalau nak filem ini aku boleh tolong burnkan dan hantar. Aku boleh bagi siap dia punya soundtrack lagi. 16 songs. (currently litsening)

Banyak lagi koleksi rare filem aku. Lain kali kalau aku ingat aku cerita.

Dan kepada seseorang, aku nak bagi free CD nih. So bila nak setuju bagi alamat? 

Please, please, please. 

Colour My life with chaos of trouble.  

Monday, July 12, 2010

Lagi- lagi meraung dari dalam kerana kemurungan

Kemurungan. Aku tarifkan kemurungan sebagai satu medium manusia meraung dari dalam. Jauh di sudut sembilan puluh darjah kubikel hati yang kosong. Hati yang tak punya apa-apa untuk diri sendiri bersorak horay.

Masih kosong. Diam.

Manusia takjub dengan materealistik, kuasa, pengikut dan jutaan lagi elemen yang membunuh jiwa apabila kau tidak punya apa-apa.

Apa-apa yang buat orang kagum dan menjulang engkau tinggi-tingi.

Tiada siapa mahu angkat sesiapa yang tak dapat menyumbang kepada kepentingan diri orang lain. Contoh mudah. Tak ramai orang yang mahu mendekati seorang penjaga rumah anak-anak yatim kalau nak dibandingkan dengan seorang usahawan berpangkat besar yang kaki korupsi.

Walaupun nampak penjaga rumah anak-anak yatim lebih mulia.

Tipikalisme manusia. Menjilat sesuatu yang nampak cantik dan manis. Tetapi penuh toksid dan bahan pengawet yang membahayakan diri pada jangka masa panjang.

Terpaksa mengikut arus tipikal manusia. Dan aku tak mampu untuk melawan arus.

Dan ini salah satu sebab untuk aku murung. Meraung dari dalam.

Sunday, July 11, 2010

Quick post selepas terjumpa perkhidmatan internet percuma.

Quick post.

Untuk seberapa masa ini, aku bercadang untuk tidak aktif seketika. Masih sibuk menguruskan beberapa hal-hal yang masih tidak selesai.Mahasiswa baru UTeM. Kejuruteraan Pembuatan (proses pembuatan)

Masih melekit. Bergetah.Muda dan naif.

Masih baru dalam dunia universiti. Masih baru untuk aku tempuh dunia luar. Dunia yang penuh serigala berbadan manusia. Manusia yang sanggup berbuat apa-apa demi memperdaya si cetek seperti aku.

Oleh kerana ketiadaan internet aku terpaksa merangkak demi beberapa bytes internet. Sekarang di perpustakaan. Dan kelas seterusnya msih lambat lagi. Sempat aku kumpul tahi mata dan air liur basi.

Semalam Spain-Netherland aku tak tengok.

Dalam masa seminggu aku mungkin akan dapat broadband aku semula. Dalam penghantaran. Dan aku akan kembali aktif seperti biasa. Dan beberpa design yang masih belum siap.

Ada awek macam Cik Amar Amirah Belog Cap Ayam kat sini. sama course dengan aku.

Tinggal.

Tuesday, July 6, 2010

Entry melepas tanggungjawab



Ikmal is currently off blogging for a while.

By H.

Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!