Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Sunday, May 30, 2010

Bontot Ayam Dalam Tin

Hari ini mood aku baik jadi aku edit gambar Amad. Seorang kawan baik aku kat matrik. Gambar asal waktu photoshoot baju KTMC. Bosan hari ini tak kerja.

Apa-apa pun kami dah plan bersama Leman, Abe, Mattop, Matred, Kong, Amad untuk tubuhkan bisnes Bontot Ayam dalam Tin.

Saturday, May 29, 2010

Myspace is lame.

Aku sudah lama ada account Myspace. Sejak tingkatan 2 lagi rasanya. Ternyata aku lagi advance dari kawan-kawan aku kat sekolah.

Ala, zaman itu orang masih lagi tergedik-gedik dengan Friendster kejadah.

Aku pun ada pakai dua-dua pada masa yang sama. Bila orang dah mula pakai Myspace, aku beralih pulak ke Facebook. Masih lagi advance walaupun time tu orang dah pakai N70 sedangkan aku masih pakai 33sekupanggg!

Sekarang aku dah rasa muak sangat dengan Myspace. Benci dan aduh. Sarcastic.

Banyak sebab. Antaranya.
  • Lelaki yang hensem atau kacak atau cute yang nak tunjuk hensem atau kacak atau cute
Banyak jenis ni. Tak dinafikan mereka ternyata hensem atau kacak atau cute. Mungkin dengan cara ini, banyak gadis-gadis akan tertarik dengan ke"hensem atau kacak atau cute"an mereka. Sebenarnya aku jeles sebab tak hensem atau kacak atau cute macam mereka.
  • Bahasa yang agak trendy dan susah nak paham.
Well, dah banyak orang tulis pasal benda nih. Aku pun pernah tulis. Dan aku memang SUKA bahasa yang banyak addition ini. Buat aku nampak cute. Orang yang pertama buat bahasa macam ni dah cipta sejarah yang pastinya sangat pathetic

Sedih kan cerita dia?
  • Letak gambar dan ayat-ayat kasih sayang kekasih diorang.
Malas nak komen banyak-banyak. Mungkis ini antara punca utama kes buang bayi yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ni.

Tapi yang aku agak tak kisah sebenarnya ada account myspace ini adalah kerana hot babes yang banyak add aku. Mungkin diorang nak pancing aku jadi anak ikan. Sori, aku anak Nordin. Tapi takde halllll!!!

Promosi untuk semua.

Klik image untuk tumbesaran terbantut imej. Jika berminat sila Klik SINI

Facebook vs Millatfacebook.




Seluruh dunia demam dengan Facebook. Facebook ciptaan Mark Zuckerberg. Seorang berbangsa Yahudi.

Ya, sangat benar Facebook adalah satu fenomena. Aku pun sedikit terpengaruh dengan itu.

Baru-baru ini pula, Anti Islam telah mengadakan Draw Prophet Muhammad Day. Sebuah hari melukis Nabi Muhammad Junjungan kita. Seluruh pelusuk Islam seantero dunia marah dengan tindakan keji itu.




Aku pun sudah create satu akaun. Tapi tak ada kawan lagi.


So apa kata ramai-ramai join aku.


Aku ada pernah tengok juga Faceboobs

Friday, May 28, 2010

Blowjob.

Aku sedang merancang untuk mengadakan parti hari jadi untuk seseorang yang mana tinggal hanya beberapa bulan lagi.

Disember.

Oleh yang demikian aku ingin membentuk sebuah komunity/ahli jawatankuasa/kakitangan (atau apa-apa sahajalah istilah) untuk membantu menjayakan program ini.

Dengan penuh bertertib dan sopan, aku mulakan dengan jawatan Blowjober. Kalau boleh tak sama jantina dengan aku. Gaji akan dibayar.



Anyone? Tiup belon la.


Wednesday, May 26, 2010

3gp melayu

Selamat malam semua.

Hari ini di tempat aku berkerja parttime asyik lagu Selamat Malam Faizal Tahir aja. Tak pun lagu Ahli Fikir ape ntah. Tu belum Aliff Aziz Sayang Sayang lagi. Tak sangka mat Rempit kilang aku pun layan Aliff aziz tu.

Agaknya stesen radio tahan air dah kurang duit beli hard disk yang lebih besar capaciti untuk letak banyak-banyak lagu lagi.

Tajuk diatas agak hot dan mampu membuatkan orang teringin nak bukak kan? Tambahan lagi para- para lelaki. (Kalau perempuan pari-pari kot)

Sebenrnya aku nak cuba try test ( tak sama ke 3 word ini?) keyword yang hot dan panas. Sebab keyword jenis ni la yang agak popular sekarang nih. Mesti blog aku tambah hits kan. Ya ya ya.

Ok, baiiiikkk!!!

Sebagai ganti untuk jiwa anda yang kecewa kemaruk benda- benda keyword tadi aku hidangkan satu video best untuk korang. Cute gila diorang.

Cuma yang aku pelik, kenapa baju dalam lebih besar dari dress diorang? Nama group nih Banana Mango kot. Highschool apa ntah tajuk dia.

Hidung berdarah tak?

Monday, May 24, 2010

Apa yang anda fikir?

Hari ini aku rasa nak letak satu picture yang baru aku edit selama 15 minit semalam. Vector art la kononnya.

Sebenarnya banyak benda yang aku fikirkan tentang edited nih. Buat mcm tuh kat kawasan mulut agak Gewdix kan? Haha.

Mesti amad hasif jeles. Dia into sikit benda-benda gedik nih.

Untuk dihighlight kan tangan kanan tu agak pelik. Mata pulak tak ada bulu mata.

Apa komen anda?

Haish, nak belajar Illustrator lah.


Thursday, May 20, 2010

Haish

Tuesday, May 18, 2010

oh ini gila

aku tutup alis mata namun masih ada nampak kamu? oh ini gila
mudah si pemetik gitar memancarkan seni bunyi halus mulus
tak senang bagi aku untuk hancurkan lebur resah ini

rindu aku tanam menjadi tanah sebati aku sesat
sesat dalam halatuju hidup tanpa arah tuju dari kerdipan mata iris kamu
penuh dengan ombak-ombak kecil tatkala kamu ketap bibir halus

kaca halbur kini masih bergetar
hati ini mula tsunami dengan endah tak endah
dengar kata lemah lembut ayu sopan manis
masih sama tatapi dengan sedikit perubahan
pecah tradisi gempar demam budaya

haruskah aku sekat gugup gementar sesat diri ini
tak dikucup pelangi untuk seketika
sabar untuk sebentar untuk pulihkan rasa sama kasta

cuping ini sentiasa mahu dengar apa kamu mahu kata
mata ini selalu mahu dengar apa kamu mahu buat mahu tulis
mulut ini hanya mahu ucap puji kata pujangga

esok dendam masih harap ubat pulih serta merta

p/s: maaf agak keliru dengan semua

Sunday, May 16, 2010

Nostalgism dan Gedik tak?

Hari ini aku tak tahu apa nak buat. TAdi aku ziarah seorang kawan lama. Borak pun lama. Masing-masing dengan hidup masing. Tapi kenangan kami dulu-dulu tetap sama. Susah nak lupa saat-saat itu.

Mentah dan kebudak-budakan.

Banyak yang aku belajar pada masa kecil. Menurut dan mendengar. Bermain dan bergelak tawa. Seronok tanpa masalah yang perlu difikir.

Tempat kediaman aku pula sudah banyak berubah. Berubah seiring dengan seperninggalan masa. Masa yang digunapakai manusia. Untuk kepentingan masing-masing(sudah banyak kali aku bermain dengan masa dalam tulisan aku)

Apa-apapun kita buang yang negatif, ambil yang positif. (pepatah era baru)

Mari kita layan wallpaper ini.
Maaf la kalau rasa aku gedik suruh buat gambar-gambar ini sebagai wallpaper anda. Tapi ramai lagi yang gedik tau.Gedik tak I?

Saturday, May 15, 2010

Amacam?

Amacam header baru aku? komen skit beb. Kalau rasa teringin. Boleh la pegi kat website nih



Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Masih mentah seperti ayam tesco.

Rasanya dah lama aku tak update blog. Sejak akhir-akhir ini. Ak sibuk dengan blog baru aku I make ur header.

Tak apa. Baru-baru ini aku ada berborak panjang dengan seorang kenalan aku, seorang manager sebuah kilang hitachi di Perai.
Kami berbincang berjela tantang halatuju hidup.

Halatuju hidup aku.

Sudah pasti dia sudah berjaya. Umur separuh abad dengan rumah banglo serba serbi lengkap. Ada anak-anak yang sudah berjaya dan berumah tangga. Yang buat aku kagum, dia tidak kekok dengan aku. Seorang anak muda kelas pertengahan. Mentah yang pasti. Tak ada yang pelik, dia bekas anak nalayan.

Yang aku simpulkan dari diskusi panjang sepanjang pensil aku ialah;
  1. Berhenti menjadi Melayu tipikal. Berhenti mengikut telunjuk kebanyakkan Melayu yang ternyata gagal.
  2. Bermula dari sekarang untuk lebih berani. Tampil dengan gagah, segak, bergaya, berkarisma serta berkaliber.
  3. Lupakan negatif banyakkan positif.
  4. Doa sebagai senjata. (solat jangan lupa)
  5. Dan lain-lain lagi ( ak tak ingat apa nak tulis )
Jadi, tanpa membuang masa, mari kita layan Facebook ( aku cuti tak tau nak study apa. Mungkin bukak google taip mechanical manufacturing engineering)

Friday, May 7, 2010

Make over blog

Selalu kita visit blog orang lain. Selalu jugak orang lain visit blog kita.

Agak-agak sejuk tak mata orang memandang blog kita? Yalah, kalau cantik tak apalah. Bagaimana kalau kita rasa buruk. Selera pun tak ada nak baca kan?

Blog kita nih macam rumah kita

Kalau rumah kita cantik, orang pun suka nak datang bersembang kan. Bila dah ramai orang datang maka ramai la baca post kita.

Kalau anda rasa blog anda perlukan makeover seperti casa impian, saya ada penyelesaiannya.





Cuba lah buka link kat atas kaler biru menyala blue nih. Kalau berminat ikut je arahan dia.

Thursday, May 6, 2010

Satu satu dua

Mengapa mesti ada group seperti "Penyokong SBP Boleh Mencapai 50,000 Fan Sebelum Penyokong MRSM" atau "Penyokong MRSM Boleh Mencapai 50,000 Fan Sebelum Penyokong SBP" atau " Penyokong SMK Boleh Mencapai 1,000,000 Fan Sebelum Penyokong SBP, MRSM, SMK(A)" atau " Pelajar SEKOLAH TEknik lebih ramai dari pelajar SBP,MRSM dan SMK"?

Untuk apa? Untuk bersifat racist?

Tidak. Aku tidak terlibat. Bukan hak aku untuk nak bising-bising. Tapi aku fikir tak ada apa-apa untuk dimegah dengan kuantiti. Yang penting kualiti kan?

Tak apa.Ini kisah lain.

Kisah tentang otak yang berserabut dengan banyak perkara merunsing.

Apa-apa pun aku pasti penyelesaiannya hanyalah dengan mendapatkan kerja. Ada sesiapa punya sesuatu untuk aku kerjakan? Aku mempunyai kelebihan sedikit dalam bidang photo editing dengan senjata Adobe Photoshop CS3 (masih belum mahu menukar ke CS5)

Selain itu aku juga faham bahasa inggeris.

Monday, May 3, 2010

Terlalu payah untuk memberi tajuk tetapi sangat berbaloi membacanya

Orang kata kesakitan itu datang dan pergi. Hilang dan lenyap mengekori masa.
Masa pula adalah ukuran manusia untuk kesempatan melakukan aktiviti norma atau tidak norma manusia. Masa juga ukuran manusia dengan kebosanan menunggu. Dalam erti kata naif pemikirian sosial.

Kesakitan, resah. gelisah, sedih, cemburu juga datang.

Namun masih belum pergi. Ianya datang semenjak kau pergi. Aku pasti kesakitan, resah. gelisah, sedih, cemburu tadi akan pergi dengan sekembalinya dia pada aku.

Dan untuk kepulangan itu, masih panjang ceritanya aku rasakan. Masih banyak untuk aku risaukan.

Dan dalam keadaan ini. Masih banyak untuk aku siapkan.

Pastinya aku akan menghabiskan kesemuanya dalam masa yang aku anggap ukuran detik sosial manusia.

Saturday, May 1, 2010

Mereka rasa mereka cukup bagus.

Kadang-kadang aku rasa yang aku benci sangat orang kaya yang berlagak bagus.

Mereka rasa mereka pakai pakaian yang bagus-bagus, tinggal tempat yang bagus-bagus, lepak tempat yang bagus-bagus, berkawan dengan orang yang bagus-bagus, bercakap macam mereka bagus. Mungkin lebih banyak lagi yang mereka rasa bagus.

Dan paling teruk mereka rasa orang-orang yang miskin, dan apa lagi yang mereka tidak alami tidak bagus. Teruk dan menjengkelkan.

Mereka anggap sampah.

Aku pernah melaui waktu sebegitu. Tertulis dalam diari hidup aku, aku dilahirkan bukan dari golongan orang senang. Golongan yang fikir mereka cukup bagus.

Aku berumur 9 tahun. Aku pernah menghadiri sebuah majlis perkahwinan sanak saudara. Yang aku tersangat pasti saudara yang agak jauh. Cuma pertalian yang agak nipis. Disebabkan kami tergolong dalam kategori sanak saudara, maka kami lepak di rumah kenduri lebih lama dari tetamu lain. Ada lah dalam 3 jam.

Solat zohor kami dirikan di situ secara bergilir-gilir. Solat di sebuah bilik milik ibu si pengantin.

Beberapa seketika sebelum kami pulang. Si ibu pengantin mengadu barang kemasnya hilang. Terus menerus menuduh aku adik beradik mengambil. Mungkin waktu tu aku belum belajar untuk mencarut. Jika tidak mungkin sudah macam-macam aku keluarkan.

Rupa-rupanya barang kemas tu jatuh tepi katil. Lagipun memang bukan area solat bilik tu. Tak semestinya orang miskin macam kami suka mencuri mak cik.

Bukan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi memang nila banyak yang tumpah. So lebih teruk susu sebelanga.

Jadi, kau rasa kau cukup bagus??!
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!