Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Wednesday, April 28, 2010

Bangun dengan sendiri


Aku telah belajar untuk sentiasa tidak mengalah. Untuk bangun setiap kali terpelecok. Berdarah aku ubatkan dengan iodine dan minyak gamat.

Pengalaman adalah nama lain untuk kesalahan manusia.

Setiap manusia bangun untuk ambil pengalaman. bangus selepas jatuh yang menyakitkan. Melainkan untuk manusia yang sudah berputus asa. Merasakan hidupnya sudah tamat dengan pengakhiran yang tidak membahagiakan. Tidak ada cara lain selain menyerah kalah.

Ada pula manusia yang jatuh dan hanya mengharapkan bantuan yang lain. Lansung tak mencuba bangun?

Ada satu cerita yang aku dengar daris eorang tokey berbangsa cina. Katanya seorang rakan yang dia kenali berbangsa Melayu mendapat pinjaman kerajaan memulakan bisnes.

Memang dia akui, dia cemburu melihatkan bangsa Melayu yang mudah mendapat bantuan kerajaan. Malangnya, apa yang dia ceriyakan berikutnya membuatkan muka aku merah padam dek malu dengan bangsa sendiri.

Si lelaki tadi membina kedai, itu yang bagus. Malangnya, dia mengisytiharkan muflis selepas beberapa bulan lalu mengambil pergi duit yang masih belum diguanakan. Tak tahu macam mana dia soglap.

Bangsa lain cemburu. Bangsa sendiri ak menghargai.

Aku seru, bangunlah dari kejatuhan. Jangan harap orang lain bantu kamu bangun. Bangun dengan sendiri.

Tuesday, April 27, 2010

Cium

Salam air liur.

Aku cuba utamakan gambarajah di atas. Sengaja aku upload. Amat menarik sebenarnya gambar ini untuk diceritakan.

Sekali pandang, nampak romantik sekali pasangan kekasih dua sejoli ini. Orang ramai pula nampak gembira melihat mereka.

Tapi jika diungkit sejarah. Selepas Perang Dunia Ke-2, pengunduran Jepun dari Amerika tercatat sebuah kisah kecil dalam gambar yang sebenarnya antara yg mengubah dunia.

Sebenarnya, lelaki berbangsa German, Alfred (bukan orang gaji batman) terlalu gembira dengan pengakhiran malapetaka dunia ciptaan manusia. Dia mengambil langkah berlari-lari dengan mencium setiap wanita yang dijumpanya. Termasuklah orang tua, isteri orang, janda orang, Kiah Pekasam, Halimah Jongang dan Nur Amina Nur Kasih. Asalkan ianya perempuan.

Secara kebetulan gambar tersebut diambil ketika dia mencium seorang gadis. Tampak romantik.

Gambar di atas antara koleksi gambar yang mengubah dunia yang aku gemari.

Sunday, April 25, 2010

Masih

Untuk manusia yang aku tujukan

Semalam aku mengeluh panjang kerana kamu. Aku getap bibir
Aku tidak tidur malam
Aku merenung ke langit

Tidakkah kau perasankannya?
Aku tidak bernyawa
Kerana kau adalah ia.

Aku masih boleh tunggu
Kerana hari-hari mendatang perlu ada kamu

Genius?

Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan perkakasan teknologi dengan betul.







Ya, dapat kita saksikan betapa bijaknya mereka. Sila tiru aksi ini jika anda rasa anda sangat bijak. Genius.

Thursday, April 22, 2010

Salah hamba.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. ( saja bagi sedap )

Baharu sahaja sebentar tadi, ada orang komen blog aku. Nampak macam berinformasi. Macam best sahaja komentar tersebut.

Aku pun cari untuk baca kesemua 2 komen itu. Sebab waktu approve pendek sahaja dia tunjuk.

Malangnya tak ada. Kesemua post aku cari. Tak ada lansung.

Rupanya aku tak approve tp reject.

Kepada penulis komen tuh boleh komen lagi sekali? Bukan sangap sangat komen tapi nak baca balik. Tak sempat baca lg. Best sangat komen tu. Pleasse.

Wednesday, April 21, 2010

Cernit: Wisma Palaniappa

Bulan lepas razak menangis. Tadi dia menangis lagi. Orang kata Razak kena pukul tadi. Sebabnya tak pasti. Tiada siapa tahu menahu tentang Razak. Yang orang ramai pasti, mereka nampak Razak keluar dari celah lorong belakang bangunan Wisma Palaniappa.

Razak berdarah teruk. Orang papah dia dah macam nyawa-nyawa ikan.

Dah ramai orang tanya Razak kenapa. Razak diam. Razak tak menjawab lansung pertanyaan. Aku tengok mukanya penuh cakar. Badan lebam-lebam. Mata bengkak, Pendek kata macam orang bergaduh.

......

Petang tu lepas kuliah, aku skodeng Razak. Maksud aku bukan skodeng dia mandi atau tukar pakaian. Aku ikut mana dia pergi. Aku mahu tahu apa dia buat. Dengan siapa dia jumpa. Aku penuh tanda tanya.

Dengan tiba-tiba Razak hilang. Hilang dari iris mata milikku.

"Oiii!! ( bukan Oi! Skinhead)"
Razak menyergah. Dia memegang bibir dan pipi. Sakit agaknya. Lebam masih belum pudar.
Tapi ada kesan lebam yang baru. "Kau pergi mana?"

Razak tunjukkan sapu tangan. Milik Miera. Aku kenal warna pink polkadot itu. Sering miera gunakan mengesat peluh. Sesekali digunakan mengelap hingus.

"Ini yang kau cari?" tanyaku. " Berbaloi dengan apa yang aku dapat."

Aku tengok ke lorong. Penuh anjing ganas.

"Terjatuh?"

" Aku boleh tunjuk Miera aku sayangkan dia" kata Razak.

maaf, cerita sedikit bosan. Percubaan pertama cernit ( cerita kenit )

Tuesday, April 20, 2010

New KMTK

Baru-baru ini ramai junior cari aku. Tanya itu ini fasal KMTK.

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.



Logo Lama KMTK



Logo rasmi KMTK

Jadi, untuk pengetahuan, kolej ini adalah naiktaraf dari Sekolah Menengah Teknik Pendang ( STEP)

Pada first semester sahaja kami di campurkan dengan budak- budak sekolah teknik. Tak rasa teruk sangat walaupun berkongsi. Tapi kebanyakkan bangunan kami pakai, diorang dah tak pakai. Diorg tinggal beberapa bulan untuk menduduki SPM.

Sekarang, bangunan itu memang hak sepenuhnya KMTK. Banyak perubahan dan naiktaraf dilakukan. KMTK semakin maju dengan kemudahan yang lengkap.

Kalau nak informasi lebih lagi, boleh rujuk di laman sesawang KMTK (klik sini)

Cuma aku nak bgtau pasal Maklumat pendaftaran nombor 10 tu. Tak perlu la pkai skema sangat pergi kuliah. Tp jangan over pulak. Jeans dibenarkan luar waktu kuliah. Nak keluar boleh je.



Saturday, April 17, 2010

Mahu atau tidak?

Aku punyai obsesi. Obses terhadap ketakutan diri sendiri.

Ketakutan untuk gagal.

Untuk disimpulkan, aku suka dengan keadaan aku yang takutkan kegagalan. Bagi aku, ketakutan terhadap kegagalan itu menjadi batu peloncat. Membantu aku untuk lebih berusaha. Membantu aku lebih maju.

Tapi mengapa Melayu tidak maju?

Persaoalan aku mahu utarakan. Tiada isi untuk aku huraikan. Aku tidak tahu dan aku tidak mahu berada dalam kelompok itu. Marilah kita maju.

Seiring seruan kerajaan. Malaysia boleh. Melayu boleh. Mari layan. Melayu boleh. Walau dah tutup. Pertamakaliku.

Post yang serius bertukar gila. I am extremely very bored. ( saya bosan gila babi )

Definisi aurat.

Sebenarnya dua hari lepas ada sesuati terjadi. Aku dah cadang nak tulis serta merta, tapi biasalah pemikiran asli orang Melayu yang suka bertangguh. Sekarang la jadinya.

Kami sekeluarga menonton ceramah seorang uztad di hadapan komputer riba milikku.

Sampai dihujung ceramah tersebut, uztad tersebut menadah tangan meminta doa. Kami sekeluarga turut serta. Melihat adik saudara aku yang berumur 4 tahun kebingungan. Dia tidak turut serta dalam aktiviti berdoa kami itu.

Aku si abang sulung.

Bertindak mengajarnya utuk turut mengangkat tangan berdoa.

Malangnyaaku perhatikan, dia memakai seluar pendek. Aku serta merta cuba menegurnya dengan penuh keimanan.
" Syafiq, nih aurat nih. Baca doa tak boleh buka aurat. Syafiq tau tak aurat tu apa?"

Dia menggeleng.
"Aurat tu dari pusat sampai ke....?" seperti seorang guru yang mengharapkan anak muridnya menyambung ayat.

"Keeeedaiiiii" sambungnya.

Mengikut adik sepupu aku. Aurat seorang lelaki dari pusat sampai kedai.

Fin.

Friday, April 16, 2010

Seriously untitled

Aku tak tahu apa untuk ditulis. Yang pasti, aku ketawa berdekah baca update status menatang nih.

Sedikit humor untuk anda.

Ini mungkin post kurang berfaedah oleh aku.

Thursday, April 15, 2010

Kau siapa?

Aku cuba pokokkaan apa yang asas
Aku cuba cairankan apa yang beku
Aku cuba lembutkan apa yang keras
Aku cuba jernihkan apa yang keruh

Tapi kau?

Kau cuba pudarkan apa yang terang
Kau cuba bongkarkan apa yang rahsia
Kau cuba barankan apa yang sejuk
Kau cuba reputkan apa yang teguh

Aku cuba harmonikan dunia
Tapi kau cuba bakar ia pula
Siapa kau sebenarnya?

Friday, April 9, 2010

Fahami bumi

Cuba hidu cahaya
Dan kau akan rasakan

Cuba kau lihat deruan angin
Lalu kau akan faham

Cuba kau dengar seharum ros putih
Pasti kau akan mengerti

Kalau ada apa-apa dengan bumi
Kian pudar hijau

Sunday, April 4, 2010

Tunggang terbalik dengan sedikit ucapan

Sedar tak sedar, percaya tak percaya.

Sudah hampir 11 bulan aku berada di sini. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Bukan aku sahaja tetapi ramai lagi ribu-ribuan pelajar Kolej Matrikulasi seantero Malaysia. Termasuk 300 +/- pelajar dari Kolej Matrikulasi.

Sarat dengan saingan.

Isi yang aku cuba puncakkan ini bukanlah fakta-fakta nombor mahupun trivia-trivia menarik

Pelajar Kolej aku terdiri daripada longgokkan bekas pelajar Sekolah Teknik seluruh Malaysia. Beberapa kerat dari SBP dan sekolah primier dan kluster.

Masih lagi bukan isi utama yang aku cuba ketengahkan. Cuma memang jelas jika dianalisa, bekas pelajar Sekolah Teknik membolot tempat-tempat teratas dari segi kurikulum. SBP dan premier/kluster? Yalah, top student dari teknik masuk ke sini. SBP?

Top student SBP/Primier/Kluster semua dah terbang overseas dan foundation la. Aku pasti masing-masing ada cara tersendiri. Bagaimana untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Persekitaran. Emosi.

Ah, bila aku dah mulakan sesuatu topik, aku jarang dapat berhenti dengan cepat. Terlalu banyak isi yang berkumandang di fikiran.

.................................

Aku pasti bukan tahyul. Bukan jua ilusi banyak sisi.

Yang pasti, beberapa hari sahaja lagi aku akan di sini. Tak sampai 2 minggu. Masa 2 minngu itu pula perlu diisi dengan bersendiri.

Bersendiri di meja peperiksaan.

Tiada sesiapa boleh membantu. Cuma aku dan pertolongan Allah. Doa aku panjatkan.

Kepada kawan-kawan yang aku sayang. Yang selalu membantu aku tak kira saat dan beban, aku ucapkan jutaan terima kasih. Yang lelaki aku dakap, yang perempuan aku cium. Wohhooo..

p/s: Maaf la, post ini agak sedikit berterabur. Tak tahu apa nak cakap sebenarnya. Cuma tulis apa yang terlintas di simpang pemikiran.

Friday, April 2, 2010

Di bawah pengaruh lapar

Tiba-tiba rasa nak tulis lagi.

Aku merupakan seorang yang tidak bergantung pada orang lain ( dalam konteks blog ) untuk popular. Rasanya kurang sama di dalam alam realiti.

Lapar la perut

Selalu dapat aku tengok di shoutbox-shoutbox milik sesiapa dalam blog. " Weh Jamsari, follow la blog aku. Nanti aku follow balik" atau " Jamilah, apa kata kau follow aku, pastu aku follow kau balik"

Dapat makan apam balik sedap nih.

Dalam peraturan aku. Buka. Baca. Suka? Follow.
Lagipun bukan penting sangat ada banyak follower. Kalau banyak sangat pun, bukannya semua baca apa yang kita tulis.

Kalau baca lain cerita. Bagusalah. Kalau baca tapi keji?

Macam yang aku pernah tulis dahulu. ( bukan entri berulang ) Bukan semua berminat untuk baca privasi orang lain. Kadang-kadang meloyakan.

Aku cuba hindarkan blog ini dari jadi apa yang aku tidak suka baca. Tapi rasanya content aku masih kurang. Malas aku cedok dari otak maupun hati aku. Bersawang.

Roti bawang sedap.

Tak ramai yang mahu baca blog aku. Yang tahu kisah-kisah aku tak banyak ada blog. Kebanyakkan mereka pula memang tak berminat untuk menjadikan pembacaan blog sebagai ectasy. Dadah yang boleh dikunyah dengan penulisan dan pembacaan blog.

Aku rasa aku menaip di bawah pengaruh lapar. So, jadi carca merba tu. Kalau la ada bubur caca.
Caiiittt!!

+/-

Hari ini hari Jumaat. Ingatkan hari khamis lagi. Aku baru tersedar pagi tadi. Nasib baik aku pergi solat Jumaat. Best lepas tu dapat pekena koey teow sup.

Seminggu study week. Memang aku tak sedar masa. Tup-tup dah seminggu. Padahal study tak banyak mana pun. Risau kalau-kalau terblank bila pen atas kalam soalan.

Walaubagaimanapun. Aku tetapkan jiwa dan perasaan aku. Walau banyak masalah kian mendatang, aku masih lagi tidak mahu tewas.

Negatif.

Negatif yang kadang-kadang hadir dalam fikiran aku. Aku buang jauh-jauh. aku campak ke hutan. Aku koyak jadi cebisan. Aku bakar jadi abu. Aku tiup hilang dek angin.

Positif?

Ianya datang jarang-jarang. Aku ciptakan jua. Aku ciptakan dari pasir-pasir putih silika. Aku kumpulkan dan aku bina gelas. Gelas yang aku bisa jadikan bekas minuman Kopi Kekuatan.

Maaf, post ini pada tarikh Sabtu. Aku lupa nak post hari Jumaat.

Thursday, April 1, 2010

Tepu

Aku ketap bibir munggil
Aku cuba lepaskan
Resah gelisah itu
Tapi payah
susah

Jadi aku kumpulkan kelesuan
kemarahan
kemurungan
Agar sedih itu bisa jadi tepu

Tepu setepu tipu


Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!