Kesedihan masih ada. Tapi aku mahu tulis tentang kawan-kawan. Sahabat.
Perjalanan aku merentasi negeri dan masa. Dalam subjek lain, merentasi zaman persekolahan, aku dakap penuh suka duka, tangis tawa. Ketawanya yang selaunya riang. Sedihnya yang terlampau dan kadang-kadang di buat-buat.
Tadika. Aku punya ramai kawan. Seorang perempuan sahaja aku ingat. Zakiah namanya. Memang pasti pada umur sebegitu aku tidak punyai keinginan cinta dan perasaan terhadap perempuan. Semuanya kerana bertadika di kawasan orangtua bapaku. Mereka asing bagi aku kecuali Zakiah. Dia jiran nenekku.
Sejak tamat tadika aku tidak pernah berjumpanya. Aidilfitri lepas, dia berbaju kebaya kuning. Cantik dengan tudung bermanik-manik. Malangnya dia bersama lelaki. Teman lelaki barangkali.
Sekolah rendah aku tidak punyai ramai kawan. Di bangku darjah satu aku asing bagi mereka.
Tiada kawan bagiku, sehinggalah masa beralu. Semakin ramai kawan aku jumpa. Tahun 6 berakhir dengan baik. Aku habiskan UPSR dengan begitu cemerlang.
Nama-nama yang perlu aku sebut, Nasri, Zahir Am, Ros, Chikin, Intan Sofea, Fatin Jamlluddin D'Art dan banyak lagi.
..............................................................
Sekolah menengah. Terlalu banyak memori yang aku ingat. Itu belum masuk yang tak ingat. Tempat ini semestinya tempat paling aku sayang. 5 tahun dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5.
Taiping. Atau lebih spesifik SM Raja Tun Azlan Shah. Orang panggil SERATAS.
"Owh, kenal-kenal. Yang banyak monyet tuh kan?"
Komen orang ramai apabila ditanya tentang SERATAS.
Aku akui, monyet tersangatlah banyak. Tak ingat bila Puan Rahimah tangkap semua. Sekarang dah tak ada. Rindu jugak kalau di fikirkan balik. Teringat bila beruk-beruk tersebut melakukan aksi 18sx dan disaksikan tambah sorakan kami.
Pasal sekolah maybe next post aku taip. Letih.
Perlu untuk aku sebut kawan-kawan terbaik aku. Dengar masalah aku bila-bila masa. Tolong aku walau apa jua kekurangan yang aku ada. Mintak tolong aku walau sedikit kelebihan yang aku ada. Dengar perintah aku walau secebis kepimpinan yang aku ada.
Mamat Hanis, Gosti,Adzlan Pin, Anas, Pali, Anhar, Mad Doyem. Ilon black, Ace, Hajar, Apam, Ajib, Nami, dan banyak lagilah. Tak mampu aku nak ingat semua. Kalau nama siapa-siapa tak ada, anggap sahajalah ada.
...........................................................
Dan yang terbaru, kawan-kawan aku di Matrikulasi Teknikal Kedah.
Memang sempoi. Diorang memang setia bersama aku walau susah walau senang. Walau tak cukup makanan, walau tengah banyak makanan. Walau sudah makan, walau belum makan. (semua pasal makan). We used to talk an chats all the time.
Thanks to Mattop, Kong, Abe, Mat Red, Leman, Amad Qari, Zoragon, Thanuk, Afiq, Mus, Amir, Baim, G, Din, Keli dan banyak lagi la. pendek kata semua 98 (termasuk Mat Pet) memang famili aku la. sorang je yang songlap duit aku. Aku benci sampai sekarang.
Maaf, aku tak dapat bezakan antara kawan-kawan SERATAS dan KMTK.
Cuma yang pasti semua aku sayang. semua sayang aku. Kan?





