Hari ini aku bahagia.
Bahagia kerana melihat mereka bahagia. Agaknya bila sampai saat kita? Minit kita? Jam kita? Hari, Bulan, Tahun? Dekad?
Aku suka bermain dengan waktu. Ya, kerana hanya waktu bakal menentu segalanya. Kalau waktu berhenti, maka percaturan dan pelakuan manusia juga berhenti.
Tak mungkin! Masa tak mungkin berhenti mahupun menuggu.
Sudah pasal masa. Kembali pada bahagia.
Tahniah pada seorang rakan karib aku. Hari ini dia bahagia. Bahagia bersama orang yang membahagiakan dia.
Aku bahagia juga. Melihat putik-putik percintaan mereka.
Si dia pula? Manusia itu masih membahagiakan aku tiap kali aku mengelamun. Walau dia jauh ribuan batu. Masih sama benuanya.
Jika terbaca post-post aku yang terdahulu, anda aka faham.
Thursday, February 25, 2010
Sunday, February 14, 2010
Tunggu.
Tadi aku tengok list comers blog Epilogue Seorang Loser milik aku nih dah smpai 1000. Membanggakan bukan bagi seorang matur dan newbie macam aku nih. Jumlah tulisan yang telah dipos pun sudah melebihi 100.
Berhingus dan berlengas.
Sebenarnya kalau nak diikutkan, dah lama mencapai tahap tuh. Rasanya lah. sebab dah lama aku bikin ini blog. Cuma baru letak counter itu beberapa bulan lepas. Sama macam shoutbox juga. Juga baharu diletak.
Blog yang suam-suam kuku isinya ini memang sangat aku sayang. Walaupun mungkin tak ramai pengikut tetap seperti blog-blog popular lain. Mungkin ada kekurangan disitu. Aku kurang kisah. Yalah, asal dapat menulis menggerakkan jari jemari meliuk lentok di papan kekunci sudah memadai.
Rasanya ramai yang baca. Cuma malas komen. yalah, topik kurang menarik agaknya.
Terus terang aku katakan aku kurang meminati bola sepak. Tidak seperti lelaki lain. Aku masih anak jantan. Gagah perkasa.
Seperti biasa, akan ada 2 isi tersurat dalam setiap post aku.
Aku sangat mahukan itu.
Anda faham? Tidak? Pedulikan. Mengerti ya? Mungin anda benar. Anda berminat ambil tahu? Tunggu.
| Sangat |
Friday, February 12, 2010
HALAL?
Sebuah short film untuk tontonan umum.
Kelakar.
Sesuai untuk tontonan masyarakat MALAYSIA yang bukan beragama ISLAM untuk kefahaman mereka mengenai HAlAL.
Ada lagi 14 short movie untuk anda tonton. Mengenai Malaysia.
A tribute untuk Yasmin Hani.
Selamat menonton.
Mungkin esok, munkin lusa.
Kadang- kadang aku terfikir bahawasanya blog milik persendirian aku ini kurang grafik. Hanya penulisan.
Kalau nak dikutkan, kebanyakkan manusia lebih suka grafik. Warna. Variasi imej dan sebagainya. Aku juga sedemikian.
Kadang-kadang aku tonton imej satu warna. Senyum sinis.
Yah, bagi aku tidak menjadi masalah. Jika bosan tidak perlu baca. Lebih banyak lagi blog yang menawarkan tontonan warna-warna dari foto-foto aktiviti mereka. Kadang kadang aku juga tertarik.
Bagi aku, perkara sebenarnya ialah, amat melecehkan untuk meng'upload' foto-foto yang aku ingin upload samaada dari komputer riba mahupun dari internet. Lihat sahajalah facebook aku. Jarang sekali aku upload foto baharu.
Kalau ada pun ditag oleh kawan-kawan dimana adanya wajah suci aku.
Suci? Wajah kamil. Seperti kata-kata Tuan Nizam. Seorang pensyarah Matematik QM026.
Mungkin satu hari nanti aku akan cuba upload beberapa foto.
Aku kata mungkin.
Kalau nak dikutkan, kebanyakkan manusia lebih suka grafik. Warna. Variasi imej dan sebagainya. Aku juga sedemikian.
Kadang-kadang aku tonton imej satu warna. Senyum sinis.
Yah, bagi aku tidak menjadi masalah. Jika bosan tidak perlu baca. Lebih banyak lagi blog yang menawarkan tontonan warna-warna dari foto-foto aktiviti mereka. Kadang kadang aku juga tertarik.
Bagi aku, perkara sebenarnya ialah, amat melecehkan untuk meng'upload' foto-foto yang aku ingin upload samaada dari komputer riba mahupun dari internet. Lihat sahajalah facebook aku. Jarang sekali aku upload foto baharu.
Kalau ada pun ditag oleh kawan-kawan dimana adanya wajah suci aku.
Suci? Wajah kamil. Seperti kata-kata Tuan Nizam. Seorang pensyarah Matematik QM026.
Mungkin satu hari nanti aku akan cuba upload beberapa foto.
Aku kata mungkin.
Monday, February 8, 2010
Hati terbakar oleh Lighter Murah.
Hari ini aku nak tulis pasal perkara yang berlaku sekeliling aku.
Taklah sekeliling sangat. Mungkin hanya depan dan belakang. Maaf jika ianya berbar lucah. Subjektifnya, aku tidak faham tentang permasalahan manusia. Manusia sendiri tidak faham.
Oleh yang demikian manusia sibuk mengkaji hari demi hari demi perubahan aktif mahupun pasif.
Tutup.
Selesai sudah omongan yang berbaur seperti professor. Hell what. Aku mahu jadi seorang anarkis.
Semalam aku cuba memberontak. Memberontak dari pegangan seorang pemimpin jambu bersifat tunjuk pandai. Dia sentiasa mahu kelihatan hebat. Tanpa perlu ambil tahu orang yang di belakang. Orang yang kadang-kadang lebih tahu.
Dia bersifat alim dan bijak kelihatan seperti menutup parut-parut keji di hatinya. Ya, dia sentiasa benar. Itu kata orang.
''Kau salah'', kata kepada orang-orang yang bersifat nakal dan agresif.
"Kau sentiasa tidak benar dalam apa cara jua caturan dan perbuatanmu." Itu kata pemimpin bijak. Bijak memprovokasi manusia sekeliling. Dia sentiasa benar.
Semalam aku mimpi menerajang lahanat itu. Hari ini aku mahu. Aku mahu. Aku sentiasa mahu.
Tapi aku tak mahu mengeruhkan keadaan.
Sekurang-kurangnya aku tahu bila aku salah. Bila aku benar. Aku tak mahu mengalah.
Tuesday, February 2, 2010
pagi- pagi khamis.
Selamat hari khamis
Sari berita utama.
......................................... Tak tahu apa nak tulis.
Tapi mesti ada yang perasan. Walaupun aku selalu tengok Astro kat rumah, tapi kadang-kadang tertekan juga TV1.
Kenal tak seorang pembaca berita yang dah memang lama gila. Suara macho je. Selalu berita jam 12. Rupa-rupanya dia masih ada. Tak sangka, mamat macho gila yang selalu aku tengok waktu kecik0kecik dulu maish bekerja di tempat sama.
Tapi yang nyata dia memang mahco. Tak ada gambar dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)





