Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Saturday, January 30, 2010

Entri ini ditulis oleh kucing.

Meow.. meeeooooow.... meow meow.. auuuuuwwww.. eaw....meeeooooow, meow meow...

Kucing tadi berhenti akibat di jerkah oleh aku. Lantas dia berlari seperti lipas kudung. Lipas yang selalu aku lari apabila ternampak ia.

Berbalik kepada kucing tadi.

Cerita ini bukan berkaitan dengan kucing itu sahaja. Malahan, lebih mengejutkan lebih banyak lagi. Apa kejadahnya semua ini? ( meniru Edisi Siasat ) Dari mana datangnya kucing-kucing ini?

Kadang-kadang tertekan juga aku bila makan di kafe kolej. Sering sahaja kucing-kucing yang dengan wajah mengampu sedemikian rupa aku herdik. Berkeliaran lari. Mereka sering cuba menge'pow' makanan aku.

Macamlah aku nih cukup makan. Cuba lihat keadaan dan radius perut terkini.

Kadang- kadang aku ini ada penyayangnya juga. Pernah sekali kucing yang teramatlah comel, aku namakan Henrix aku jaga. Tak sampai 2 hari, ia menghilangkan diri begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal padaku.

Terkilan rasa hati ini. OH Henrix.

Kadang-kadang aku lihat perempuan bercakap dengan kucing. Mungkin mereka ada kuasa mistik kot.

Aku cuba juga kadang- kadang.

" Nah amik seringgit nih. Buat belanja beli choki-choki." kata ikmal kepada kucing.

Friday, January 29, 2010

Sedikit Pujian.

Aku suka kau berbaju kurung . Dengan sedikit aksesori. Walaupun dengan sedikit pertambahan berat badan. Masih manis.

Tuesday, January 12, 2010

Dua aktif

Dua benda aku rasa. Rindu dan mengantuk. Aku kurang faham mengapa. Tapi aku tahu bagaimana nak hilangkan ngantuk.

Yang pasti aku tak mahu berhenti merindu.

Semalam hari ini dan mungkin esok merupakan hari-hari penting bagi aku. Ya, maksud aku setiap hari adalah penting bagi aku. Penting untuk aku bernafas dan sebagainya.

Mesti tak ramai yang rasa rindu antara negara kan? Ala, macam drama Cinta Antara Benua lakonan mantap Ahmad Idham dan Umie Aida tu.

Betul ke Umie Aida? Ke Fauziah Latiff?

Sunday, January 10, 2010

Mari Melancung.

Sebenarnya aku malas nak menulis. Tapi memandangkan aku tengah bosan menunggu keputusan MUET, aku gagahkan juga manaip.

Tiada ada apa yang menarik.

Aku bukanlah lelaki dan gadis-gadis sadis yang memperagakan ceritera pribadi mereka yang mungkin tiada siapa mahu tahu.Contohnya.
"Geramnye kat Rokiah nih, Berani die rmpas bf aku Daud"
atau "Rnduu la u baby. Oh my darling jamilah" Nama rekaan semata-mata.

Tapi aku masih ingat bagaimana aku melancong sebentar ke negara ASEAN pagi tadi. Indon, bangla, nepal, myammar dan lain-lain lagi. Sila nyatakan _________________

Kalau kau mahu melancong seperti aku. Silakan ke Summit Bukit Mertajam.

Friday, January 8, 2010

Mual-mual

Aku rasa macam nak muntah. Sial gila. Tapi aku pun tak dapat sahkan sebab aku rasa mual. Mungkinkah aku mengandung?

Mustahil. Lee Migwei pun bukan mengadung walaupun digembar gemburkan mengandung.

Serius aku masih mual. Jadi aku terpaksa berhenti.

Tadi aku ada bukak blog Badri, seorang jr aku,17. Dia ada tulis pasal aku dahulu. Terima kasih bad kalau terbaca.

Wednesday, January 6, 2010

Dan sekarang

Beberapa saat yang lepas
beberapa minit yang lepas
beberapa jam yang lepas
beberapa hari yang lepas
beberapa minggu yang lepas
beberapa bulan yang lepas
beberapa tahun yang lepas


dan sekarang aku masih aku

When she came.

A very bright sunday, me, myself and I went to the top of the hill. I take the lollipop and give it to her. I ate the sundae.

Tuesday, January 5, 2010

Tunggu sehingga hello oleh mentari



Jika sudah ada hello itu, sila jerit yeah yeah yeah.

Monday, January 4, 2010

The Fleming.

Jika anda pernah di SERATAS beberapa tahun kebelakangan ini, mesti anda tahu apa itu SCAN.

Kalau tahun aku dulu, Caer ketuanya. 2009, Keduk pula agaknya.
Kalau anak didik Caer mesti hebat bab-bab montage nih.

Ni karya terbaharu Keduk yang aku tabik spring.
Lagu cover Komplot-Nora Zen. Dari band tanpa lagu kot. the Fleming.



Keduk, member-member aku nak buat klip video. Diorang suruh aku edit. Malangnya, walaupun dibekalkan dengan software Vegas, aku tiada pengalaman guna. Nak godek-godek pun tak mahir sangat.

Kau pakai Vegas ke? Dan esok aku ada test Science Engineering.

contest baru pulak

Aku tengok macam best ja. Jadi aku turut serta.
kalau berminat nak menyertai, sila klik gambar rasmi peraduan di atas untuk syarat-syarat.
Ada hadiah tak?

Dan ini foto Thanukphong Opart. Sejenis manusia siam. Sedang menyanyikan lagu Bila Cinta Didusta nyanyian Usher.

Kena tag la.
Jadi aku pilih.
Gosti.
Khairul Helmi
Che Ros.

Kenapa Che Ros?

Saturday, January 2, 2010

Noktah?

Hidup dimulakan dengan huruf besar
Perjalanan hidup dalam membesar itu bait-bait ayat
Koma yang merupakan persimpangan hidup
Mati itu noktah.

Aku punya huruf besar, bait-bait ayat juga koma.
Noktah?

Friday, January 1, 2010

Taip satu jari.

Ini merupakan entri pertama aku sejak 2010. Rancangannya nak taip dan post semalam. Tapi tiada masa senggang. selain itu ketiadaan idea juga menjadi punca utama kejadian tersebut.

Namun aku gagahkan juga jari menaip.

Tiada apa yang menarik ditulis sebenarnya. Tapi asal sahaja masuk tahun baru, kebanyakkan manusia pasti akan bercakap tentang sesuatu perkara. Azam. Maksud aku bercakap. Bercakap sahajalah. Tiada aksi.

Aku ada dua member bernama Azam. Seorang di IPGM seorang di matrikulasi.

Seperti biasa aku ramai akan pasang azam. Contohnya kuruskan badan atau lebih gigih belajar. Aku pun nak jugak.

Aku berazam nak pasang azam banyak-banyak.

Aku taip satu jari sempena bulan dan tahun banyak nombor satu.
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!