Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Monday, November 30, 2009

Entri sentap

Tiada apa yang mahu diupdate sebenarnya, cuma kekesalan aku terhadap sistem tubuh badan aku yang memaksa aku untuk makan dan makan lagi. Lepas tu tidur. MAkan dan makan lagi, lepas tu tidur.

Serius malas. Ha yang ni tak boleh.

Baru- baru ini di kampung halaman, bapa saudaraku menegur
" hang la ni dah gemuk no man."

Aku tak pasti bila agaknya aku pernah kurus. Mungkin masa sekolah kot. Ye ke kawan-kawan seratas. Itu pun kalau korang masih kenal aku la.

Haihs. Bila mau diet ah?

Saturday, November 28, 2009

Jurusan Kehidupan

Pembacaan zikir itu medikal jiwa
Tontonan porno ialah acidik hati
Penulisan puisi adalah kejuruteraan seni

Epilogue Seorang Loser pula penyejuk mata

(seyum kambing malu-malu)

Tuesday, November 24, 2009

Esok yang gementar.

Tiada ada apa yang mahu ditulis melainkan aku yang inging menzahirkan rasa kegembiraan aku. Walaupun keputusannya belum keluar. namun khabar angin sudah dapat membuatkan aku menarik nafas lega.

Keputusan PSPM (final sem matrikulasi pnya exam la) bakal keluar esok.

So, yang menggembirakannya ialah khabar angin mengatakan result sangat cemerlang bagi semua pelajar Matrikulasi Teknikal ( bukan khabar angin sebenarnya tapi realiti)Jadi. Tunggulah keputusannya esok. Kepada semua ahli Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, tahniah diucapkan.

Juga kepada manusia-manusia ini kerana membeli barangan baharu
1. Abe-Kasut Futsal Nike
2. Mat Pet-Kasut Futsal Lotto
3. Aznan- Kasut Futsal Umbro
4. Syafiq- Kasut Jalan pe ntah
5. Mat Red-Sony Ericson
6. Mat Top- Kereta kawalan Jauh
7. Kong- Baju baharu
8. Acap- Sweater baharu + Sneakers Converse ( perghh)
9. Amad- Kasut Futsal Nike Tiempo

credit untuk kamal MKBMK kerana outing dengan kain pelikat la la la.. ( lagu anuar zain)


sekian maju jaya.
Happy Aidiladha

Thursday, November 19, 2009

Bill Gates dah kaya

Belum pernah aku rasa selesa yang terlampau seperti ini. Rasa satu perasaaan macam baru melepaskan segala tekanan, gelisah dan keraguan.

Aku baru install Windows 7

Selama ni pc kat di rumah menggunakan Win Xp OS. Agak membebankan bagi PC yang hanya menggunakan Intel Pentium biasa-biasa sahaja. Sangat lembab.

Tapi sekarang dengan Intel Core 2 Duo dan Win7 memang sangat berbaloi. lebih berbaloi dari pasaraya Mydin.

Sudahlah.

Apa guna membebel panjang-panjang. Macam menunjuk la pulak. Tapi ini cuma bertujuan untuk recommend. Dan lagi satu jangan guna yang original.

Kenapa?

Bill Gates dah kaya. Apa salahnya pakai yang pirate. Haha.

Tuesday, November 10, 2009

Kek Coklat

Dengar
Jika cinta itu diumpamakan seperti kek coklat
Hulurkan aku sudu
Aku suap kamu dan kamu suap aku
Kek coklat yang manis kadang kala pahit
Sama seperti cinta kita


Kadang- kadang jiwang tak salah.

Tuesday, November 3, 2009

Jika Kau masih bangga.

Ini merupakan entri serius berinformasi aku. Sila komen dengan berinformasi.

Baru-baru ini aku pergi ke Kuala Lumpur. Si lelaki kampung ini naif dan tak tahu menahu tentang kotaraya metropolitan yang megah itu. Namun dalam pemerhatian ditambah dengan pengetahuan aku yang cetek ini dapat aku simpulkan bahawa perjalanan yang menelan belanja tinggi itu amatlah berbaloi.
Yea! aku sudah mahir menggunakan perkhidmatan awam di sana. Kagum juga kurasakan.

Harap-harap ia akan wujud di Penang beberapa tahun lagi bak kata Ace.

Namun, apa yang aku mahu usulkan ialah betapa bertuah aku dapat duduk di kedai mamak (bersama Ace) berhampiran KLCC. Kami berborak dari jam 12 malam hingga ke subuh. Solat subuh di Masjid As-Syakirin. Tidur sebentar hinnga jam 8. Dan pergi menikmati pemandangan pagi di taman berhampiran KLCC.
Bangga kerana ianya milik Malaysia

Sudah lama pengetahuan aku tentang bangunan ini. Namun apabila di refresh kan bersama Ace pagi itu, sayu, terharu, bangga dan bermacam-macam perasaan yg dapat aku rasakan.

Bangganya bangunan mencakar langit ( kedengaran langit menjerit "arghh sakitttt..!!") ini buatan Malaysia. Hak milik Petronas. Syarikat keluaran Malaysia. Tapi..
Kita lupa siapa arkiteknya? Caesar Pelli. Siapa buruh binaannya? Mas Joyo donggg!!
Banyak yang mahu aku usulkan. Tapi aku malas menaip.

Jika kau masih bangga. Fikirkan sesuatu

5 tahun bukannya lama.

jika kamu mahu pergi
jika sabar mahu aku tunggu
jika sayang mahu aku ucap
jika resah mahu biar aku rasa


bisik perlahan di cuping telinga
agar dapat aku simpan
selamat tinggal bukan penamat

Monday, November 2, 2009

Angst.

Aku bengang. Hampir-hampir aku bergaduh degan sorang mamat mekanik tadi.

"Macam mana boleh bukak?" aku tanya dengan agak berang.
Dia tersyegih simpul kerang busuk. "Tokey mana?" aku tanya dan dia jawab tak ada.

Aku sebenarnya ditugaskan oleh abah aku untuk pergi bukak mangga yang telah dilock kat kedai sewa. Diorang bukak kedai repair motor. Dah tu tak reti-reti bayar sewa dah 2 bulan. dah aku sampai kedai dah bukak dah. Aku nak wat apa. Dah tu aku tengok mangga pecah. Terus aku blah.

Bodoh. Dah tak de duit nak bayar buat apa nak pecah kedai orang. Aku saman baru tau. Aku ada kawan amik law tau. Tiga orang lagi.

Memang dasar Melayu.
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!