Ianya bermula dengan si gadis melakar pelangi
Pancar ultraungu jatuh ke sisinya
Dengan kasih sutera dia mewarna
sinar-sinar bahagia mansuhkan lara
.............................................................................
Namun bahagia kian sebentar
Si gadis mula menabir duka
Mengatur langkah ayu Melayu
Bunga Melur hilanglah kembang wanginya
Fikirnya " jikalau esok punya mentari, dan penghujungnya datanglah senja"
Friday, July 31, 2009
Monday, July 27, 2009
Untuk hari esok dan mendatang.
Oh ya, kadang- kadang ada heretan kata supaya ubah tingkahcara. Ia ber'screamo' di sphera pemikiran. Kadang kala ia lembut basah. Kadang kali ia keras panas.Barangkali ada yang masih gulana. Ada yang masih tak sedap punggung melihat.
Kan esok masih ada. Masih ada diri untuk esok?
Ya! Aku perlukan masa. Tapi tak guna untuk aku habiskan la la la.
Aku perlukan gesa. Tapi persetan tanpa masa. Jadi beri aku masa dan gesa. Si burung masih mampu berkicau riang tanpa mikrofon kan?
Aku tidak perlu parti malam ini. Untuk bangga aku masih hidup. Mungkin tanpa parti, aku bisa hidup diam.
Dan aku mula tertanya, dari mana datangnya senja?
Kan esok masih ada. Masih ada diri untuk esok?
Ya! Aku perlukan masa. Tapi tak guna untuk aku habiskan la la la.
Aku perlukan gesa. Tapi persetan tanpa masa. Jadi beri aku masa dan gesa. Si burung masih mampu berkicau riang tanpa mikrofon kan?
Aku tidak perlu parti malam ini. Untuk bangga aku masih hidup. Mungkin tanpa parti, aku bisa hidup diam.
Dan aku mula tertanya, dari mana datangnya senja?
Friday, July 24, 2009
Sial best! Gadoh.

Aku ckp serius best sial cte nih. Sebenarnya bukan kualiti rakaman yang aku pentingkan. Macam CGI tu. Tapi mesej dia memang padat.
Nak tau lu orang kena la tengok sendiri. Aku tak tahu la keluar pawagam ke tak. Tapi aku tak tengok kat pawagam la.
Yang best adegan mencarut( yang tidak keterlaluan) diorang buat relek je. Adegan rokok apatah lagi. Kalau filem main stream mmg kena ban la kan. Cuma yang kurang best dialog chinese tak ada subtitle.
Korang pernah ada mencarut sorang- sorang waktu tak puas hati?
Anyway tiga kali respek pada mereka ini.
klik link dibawah untuk tonton GADOH (trailer je la)
http://www.komas.org/gadoh/
Saya taip 'bosan lah!!'
Sunday, July 19, 2009
Dato' Ben Foster

Bangga tak Malaysia dapat score 2 ngan Man U? Agak membanggakan. Namun Amri Yahe (yahya) bukanlah wira sebenar. Wira sebenar adalah Ben Foster. Ben Foster patut dapat pangkat Dato' macam Shah Rukh Khan. Apa- apapun ak nampak Malaysia memang bagus dari pelbagai aspek walaupun dengan sedikit cacat cela. Masih boleh di perbaikpulih. Ini adalah komen dari aku yang kurang arif dengan perkembangan sukan bola sepak. Tapi serius aku tak minat bola. Aku masih lelaki la. Papepun, great job Malaysia!!
Thursday, July 16, 2009
ESL strikes back!
Selamat kembali dengan selamat untuk diri dan para matrikulasians. Kembali berblogging dengan pena elektronik dengan kelajuan dua kali ganda tulis tangan. Juga 100 kali lebih kemas dan cantik dari tulisan tangan. Biasalah, Pendang tak ada masa berblog.
| Sangat |
Kaunter pertanyaan
Seorang anak kecil bertanya,
Apakah erti bahagia?
Erti bahagia ialah dia bahagia.
Seorang remaja pula bertanya,
Apakah itu merana?
Merana itu ialah dia kecewa.
Seorang budiman lalu bertanya,
Berapa banyakkah harta.
Harta sebanyak kasih dan cintanya.
Seorang tua akhirnya bertanya,
Siapakah dia?
Tentulah dia si cantik manis jelita.
Subscribe to:
Posts (Atom)






