Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Friday, May 29, 2009

Saya hebat kerana merpati sejoli hari-hari begini

Bangun pagi-pagi gosok gigi.
Cubit kelopak mata.
Koyak sampul surat dan bakarkan.
Berlari lompat kaki sebelah di batas sawah.
Menelefon diri sendiri dan katakan tahniah.
Esok lusa belum pasti masih ada nyawa lagi.
Cubit kelopak mata sekali lagi.
Jadi angkat punggung, angkat tangan dan jerit,
" Saya hebat kerana merpati sejoli hari-hari begini."

Friday, May 8, 2009

Ucapan buat penghuni bilik yg lain.

Jika ini ucapan selamat tinggal,
Aku tinggalkan gula-gula di air terjun.

Jika kau mahu menjerit kesedihan,
Aku tinggalkan kenangan di dalam laci meja.

Jika rindu itu masih kegersangan,
Aku tiggalkan foto di dalam My Picture.


Selamat tinggal bilik. selamat tiggal tilam keras. Selamat tiggal bantal. Selamat tiggal kipas, selamat tiggal pc. Selamat tiggal kerusi. Selamat tiggal speaker. Yang tidak disebutkan maaf.. They'll gonna miss me much..


Wednesday, May 6, 2009

Jika kau fikirkan kau bosan..

           Tiada ada apa yang mahu dipost. Cuma memandangkan aku tertekan new post di dashboard, so aku pun menulis. Dan sebagai pencuci mata, mari kita saksikan foto seksi pengguna tegar Digi ini.

 Dia berangan nak jadi maskot Digi kot. Haha, Izar, jgn marah.

Ini pula gambaran hubungan akrab dua insan yang pastinya bukan hubungan sejenis. Cuma persahabatan abadi.


Ajeeb dipeluk erat oleh Che Ros.

KAU BOSAN ( melodi lagu kau boleh)

Jika kau fikirkan kau bosan,
Kau hampiri kebosanan,
Jika kau fikirkan kehepian,
Kau hampiri ke'gay'an.

Menurut kata Cikgu aku dulu, gay membawa maksud homoseksual dan terlalu gembira. Klik gay untuk bukti.


Monday, May 4, 2009

Bukan Loser, tapi tiada rezeki. kan bor?

      Aku tungu dalam kesesakan manusia. Nampak kerdil sungguh manusia ini di mata manusia yang lain. Tidak mengapa. Task yang diberi dilakukan dengan berhati- hati. Kusangkakan hujan sampai kepetang, rupanya panas di tengah hari. Sayangnya, keputusannya mampu melahirkan rasa menyesal tak sudah. Tidak mengapalah. Penantian yang lama ibarat menunggu durian berbuah dan jatuh akhirnya menyejukkan hati. Result menunjukkan 'lulus'. Kesengihan jelas tampak walaupun gagal tika awalnya.

         Task pertama    : Ujian Memandu Kelas B2 (Motosikal) Keputusan: Gagal bahagian 2
         Task kedua        : Ujian Memandu Kelas D ( Motokar) Keputusan: Lulus!!

           Join dan bor.. Kita serupaaaaa..... Yang lain tak tahulah..

'ibarat menunggu durian berbuah dan jatuh'
peribahasa baharu dicipta.

Saturday, May 2, 2009

Hei orang yang bermasalah.

"Jika jamban dirumah rosak, gunakan jamban jiran. Jangan tahan berak."

                 Ianya bermaksud, setiap masalah ada penyelesaiannya. jangan pendam masalah itu. agak- agak sama tak dengan idiom yang aku reka tuh? Sama kan. Tapi aku rela gunakan tandas awam.
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!