Kata pengantar




Mahu Beli Susu anak

Saturday, January 17, 2009

Mengapa kau melayu semakin layu....

Sesungguhnya,
tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsa semakin hilang…
Aku lihat layu dalam melayu,
aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak.
ada juga bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dengan tak tergamak,
nanti dikata tak bersyukur,
dikata tak sedar diri,
jadi aku menyendiri..memerhati..
dan akhirnya mengakui..yang kita sendiri,
membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam melayu,
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja,
tapi angin api kita lupa.

Mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau bertukar menjadi mangsa,
kita lupa…nenek moyang kaya raya,
jangan sekali-kali digadai harta bendanya.

Ku lihat layu dalam melayu…
Takkan melayu hilang di dunia..
Iya…tapi apa guna tak hilang di dunia,
kalau kewujudan tidak dirasa..
petah berbahasa, kudrat tak berjasa..
orang berbudi, kita hanya tau merasa..

Selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju;
Selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju..

Belum nyanyi sudah bersorak,
suka berjanji dalam borak..
Bukan kata tak ada otak,
cuma tak berfikir di luar kotak..

Ku lihat layu dalam melayu…
Aku jadi sayu.
Bunga menangis, dia mendayu,
mahu jadi cantik tetapi ragu,
aku merayu..

Bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai…

perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda bangsanya
yang berjaya….


di petik dari Layu oleh Malique album OK!

Wednesday, January 7, 2009

Manusia itu membahagiakan saya tiap kali saya mengelamun...

Wahai manusia itu...
Bersedialah kamu untuk tahu bahawa diri ini
telah hadirnya kemahiran puitis bahasa..
untuk diri ini menjadi si penyair tanpa rima kata..

..........................................

Dengan kehadiran manusia itu..
disetiap angan-angan
dan mimpi-mimpi yang tidak kosong
walaupun ianya khayalan belaka..
tetap mampu menarik bibir senyum semula..


p/s: tiada bayaran dikenakan untuk membaca tulisan ini.. ianya tulen..
digalakkan untuk anda muntah di toilet dahulu sebelum komen..

Tuesday, January 6, 2009

New Post yang bertujuan untuk melengkapkan syarat..!!

Tulisan terbaru aku ini hanyalah untuk menunjukkan bahwa aku ini masih wujud di muka bumi yang penuh sandiwara dunia ini.. Dunia yang dirasakan indah namun masih menjadi penyebab untuk sesetengah manusia untuk mengatakan
"my life sucks!!"
ataupun mungkin dalam ejaan yg lebih stylo la konon...
"ma lyfe suckzz!!"
...................................
Mungkin perkara ini sudah menyimpang jauh dari jalan asal entri trbaru ni..
Aku currently sedang dalam proses menitikkan peluh dan air liur serta kepakaran untuk ditukarkan kepada duit. Haha..Kerja promoter kat Penang Megamall Pacific..
Nanti tuai hasil buleh la aku hambik lesen moto n keta...(aku amik mmg lambat)
Tanak abah aku support... Berdiri atas kaki sendiri la skit... kat sna best sbb ada ace, aida... tapi ssh jmpa diorang.. sbb len bhagian...
Esok kerja lagi...
Related Posts with Thumbnails

Follow untuk new update!!